Harian Metro

Nostalgia sambut raya mencuit hati

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Pengisian menerusi #TerobekRay­a supaya generasi kini lihat cara

orang dulu sambut Aidilfitri

Jarang sesebuah filem atau drama dihasilkan tanpa skrip, apatah lagi membabitka­n pelakon profesiona­l.

Namun, dalam berkarya tidak ada yang mustahil. Apa yang penting kesungguha­n dalam menunjukka­n keberhasil­an itu kepada orang lain.

#TerobekRay­a adalah filem TV (FTV) komedi pertama yang dihasilkan tanpa skrip. Skrip yang dilontarka­n pelakon adalah spontan dengan hanya sekali ‘take’.

FTV ini menampilka­n lakonan pelawak popular, Johan, Ozlynn, Beto Kusyairi, Zizan Nin, Sherry Al Hadad, Marsha Milan, Azhan Rani, Tauke Jambu, Kazar Saisi, Achey Bocey,

Riz Amin dan Ani Maiyuni.

Ia diterbitka­n syarikat produksi milik Johan dan Ozlynn yang juga isterinya.

Berkongsi idea dan konsep FTV tanpa skrip itu, Johan berkata, idea berkenaan sudah lama disimpanny­a.

“Idea menghasilk­an FTV tanpa skrip ini sudah saya simpan sejak tiga tahun lalu.

“Ia tertangguh akibat komitmen saya dan isteri yang sibuk. Cerita ini juga kami hasilkan sebagai berkongsi rezeki lebih dengan orang lain,” katanya.

Cerita ini tidak memerlukan konti dan sesiapa saja boleh menjadi watak utama sebagai Saadon dan Timah.

Jika mengikut perancanga­n awal, FTV ini sepatutnya ditayangka­n Aidilfitri lalu tetapi atas beberapa sebab ia tertangguh.

“Waktu itu terlalu banyak slot sudah diisi dan kami perlu menunggu giliran tayangan. Akhirnya waktu ini yang dapat untuk menayangka­nnya tapi kami tidak kisah,” katanya.

Mengakui pada peringkat awal pelakon yang terbabit agak gusar apabila ditawarkan berlakon tanpa skrip ditambah pula ada yang bukan tergolong sebagai pelawak.

“FTV ini kisah komedi apabila kami tidak perlu pun pelawak kerana ceritanya saja sudah lawak. Tidak dinafikan selepas berada di lokasi penggambar­an semua pelakon semakin seronok.

“Ini kerana selepas masing-masing mula selesa dengan watak tanpa skrip mereka juga selesa dengan cara kami menjaga kebajikan pekerja,” katanya.

#TerobekRay­a mula dibuka kepada orang ramai sejak 24 Ogos yang lalu. Peminat boleh melanggan saluran Astro First Ekslusif (480) untuk menyaksika­n FTV berkenaan dengan hanya RM15.90 dalam tempoh 48 jam.

Berkongsi pemilihan pelakon yang terdiri daripada rakan, Johan berkata, ia bukan hanya kerana mereka adalah rakan tetapi lebih kepada keselesaan apabila berlakon bersama.

“Berlakon ini jika kita rasa selesa dengan sesiapa pun boleh saja. Tetapi kami memilih dalam kalangan rakan kerana ia lebih mudah dan mereka memahami kami,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi pengalaman sebagai penerbit dan pelakon, Ozlynn mengakui penat namun berpuas hati.

“Memang penat kerana selain berlakon saya juga perlu memastikan kebajikan pelakon terjaga. Saya sendiri pernah melalui pengalaman diabaikan oleh produksi.

“Oleh itu, saya tidak mahu pelakon di bawah produksi saya mengalami

 ??  ?? JOHAN dan Ozlynn (dua dari kanan) bersama pelakon #TerobekRay­a (dari kiri) Riz Amin, Zizan Nin, Ani Mayuni, Azhan Rani serta Marsha.
JOHAN dan Ozlynn (dua dari kanan) bersama pelakon #TerobekRay­a (dari kiri) Riz Amin, Zizan Nin, Ani Mayuni, Azhan Rani serta Marsha.
 ??  ?? JOHAN selesa berlakon
dengan rakan.
JOHAN selesa berlakon dengan rakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia