Harian Metro

Bieber ‘buang’ Mayweather

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Bertindak sedemikian sejak rapat dengan pastor gereja Hillsong New York

Tindakan memutuskan persahabat­an disebabkan agama mungkin kedengaran tidak masuk akal.

Namun, itulah dilakukan penyanyi terkenal Justin Bieber yang dikatakan membuang nama peninju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather dari akaun Instagram miliknya.

Menurut portal Daily Mail, penyanyi berasal dari Kanada itu bertindak sedemikian sejak rapat dengan pastor gereja Hillsong New York, Carl Lentz.

Difahamkan, Lentz yang digelarkan sebagai pastor ‘rock’ memberi kaunseling kepada Bieber untuk mengikis pengaruh negatif daripada hidupnya.

Bieber dan Mayweather mula menjadi rakan baik selepas penyanyi itu diundang sebagai artis jemputan beberapa acara peninju terbabit pada 2012.

Sejak itu, penyanyi Sorry terbabit dilihat hadir ke hampir semua acara tinju Mayweather.

Dua rakan ini sering berkongsi rakaman video meluangkan masa bersama di media sosial.

Sudah tentu tindakan Bieber membuang Mayweather daripada akaun Instagram membuat lelaki itu marah.

Namun, Mayweather memberitah­u Hollywood Unlocked, dia hanya mendoakan yang terbaik untuk penyanyi berusia 24 tahun itu.

Kini, Bieber dikatakan sangat rapat dengan Lentz sehingga mereka berdua sering dilihat bersama sejak sebulan lalu.

Keputusan penyanyi itu membatalka­n konsert jelajah dunia Purpose di beberapa lokasi, barubaru ini juga dikatakan disebabkan berkaitan dengan agama.

Bagaimanap­un, dakwaan itu disangkal gereja Hillsong Church.

 ??  ?? MAYWEATHER (kiri) dikatakan berang dengan Bieber kerana membuangny­a
dari Instagram.
MAYWEATHER (kiri) dikatakan berang dengan Bieber kerana membuangny­a dari Instagram.
 ??  ?? BIEBER sentiasa kelihatan di sisi Lentz.
BIEBER sentiasa kelihatan di sisi Lentz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia