Harian Metro

Asah bakat pengarahan

- Rosman Shamsudin am@hmetro.com.my

6 graduan universiti tempatan diberi peluang arah filem Karya 12 untuk saluran Astro Citra

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Demikian ungkapan yang sesuai buat graduan Filem Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Hadli Hairudin, 24, yang diberi peluang mengarah filem Karya 12 terbitan Astro walaupun baru saja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Mohd Hadli yang berasal dari Pahang adalah seorang daripada enam graduan universiti tempatan yang dipilih Astro untuk mengarah filem dengan bimbingan mentor terdiri daripada pengarah filem tempatan terkenal.

Antara yang terbabit ialah Mamat Khalid, Tunku Mona, Rashid Sibir, Feroz Kadir, Raizasyam Rashid dan Nik Amir.

Mereka akan membimbing protege masingmasi­ng yang terdiri daripada enam graduan terbabit menerusi enam filem di bawah Karya 12 iaitu Lari Hantu Lari, Izinkan Aku, Hajat, Pentas, Psikosis dan Sekolah Api.

Semuanya bakal ditayangka­n saluran Astro Citra, bulan depan.

Mohd Hadli terpilih mengarah filem Lari Hantu Lari selepas berjaya dalam sesi pemilihan dan menambat hati Mamat untuk membimbing­nya.

Menurutnya, dia bertuah kerana mendapat bimbingan pengarah kreatif dan popular iaitu Mamat.

“Bukan semua penuntut dalam bidang ini diberi peluang mengarah filem sendiri apatah lagi saya baru sahaja menamatkan pengajian.

“Ini peluang terbaik saya untuk mengasah bakat sedia ada dalam bidang pengarahan filem dan cuba bekerjasam­a serta memanfaatk­an segala ilmu yang dicurahkan Abang Mamat,” katanya.

PERKAMPUNG­AN HANTU

Mohd Hadli berkata, filem Lari Hantu Lari berkisah mengenai sebuah perkampung­an hantu yang lengkap dengan struktur pentadbira­n kampung.

Pada satu hari seekor anak hantu gagal menakutkan manusia kerana rupanya tidak sehodoh hantu dan tidak mampu terbang di udara menyebabka­n dia dihantar ke dunia manusia.

Katanya, selepas itu bermulalah kehidupan anak hantu dalam dunia manusia.

Dalam pada itu, Mamat berkata, dia bersama pengarah filem lain sedaya upaya untuk membimbing graduan terbabit.

“Kami gunakan segala ilmu dan pengalaman yang ada supaya hasrat dan impian untuk lahirkan lebih ramai anak muda dalam bidang pengarahan filem tercapai,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Citra, Amal Ziaq Nawawi berkata, program yang masuk tahun kedua ini bertujuan memberi peluang kepada pengarah muda mempraktik­kan segala ilmu teori dalam kuliah dalam pengarahan filem yang sebenar.

Katanya, ia adalah salah satu inisiatif Astro menggandin­gkan pengarah muda dengan pengarah terkenal supaya mereka dapat mempelajar­i segala pengalaman dan selokbelok pengarahan filem.

“Mereka diberi peluang sepenuhnya mengeluark­an idea sendiri dari awal penceritaa­n filem sehingga akhir dengan idea yang kreatif. Barisan pelakon akan pilih oleh Astro melalui perbincang­an dengan mentor mereka berdasarka­n kesesuaian watak dalam filem itu.

“Sumbangan pihak Astro dalam industri perfileman negara ini seharusnya digunakan sepenuhnya pengarah muda yang terpilih ini. Dari situ mereka akan tahu keupayaan dan menilai kemampuan diri apabila diberikan cabaran untuk mengarah filem sendiri,” katanya.

 ??  ?? Ini peluang terbaik saya untuk mengasah bakat sedia ada dalam bidang pengarahan filem dan cuba bekerjasam­a serta memanfaatk­an segala ilmu yang dicurahkan abang Mamat
Ini peluang terbaik saya untuk mengasah bakat sedia ada dalam bidang pengarahan filem dan cuba bekerjasam­a serta memanfaatk­an segala ilmu yang dicurahkan abang Mamat
 ??  ?? MOHD Hadli bersama Mamat dan Amal (kiri).
MOHD Hadli bersama Mamat dan Amal (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia