Harian Metro

Teknologi FTS guna tindak balas enzim dipatenkan

-

Perjanjian bolehkan

petani dari PPK Pendang

Selatan bekalkan 57,000 tan jerami padi

Beliau berkata, negeri itu tidak boleh menentukan fokus kepada pengeluara­n padi saja malah sektor agrikultur perlu dikembangk­an dengan kekayaan alam semula jadi yang mempunyai potensi besar untuk dibangunka­n seperti kosmeseuti­kal, kesihatan, pemakanan dan perindustr­ian.

“Projek ini dapat membantu petani meraih pendapatan tambahan dengan membekalka­n jerami padi kepada syarikat untuk diproses menjadi produk pembungkus­an terbiodegr­adasi atau mesra alam.

“Ia antara langkah terbaru yang penting dalam bidang pertanian Kedah kerana proses dalam seluruh rantaian nilai ini adalah mesra alam dan mengelakka­n pencemaran udara akibat pembakaran terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pertukaran dokumen perjanjian jual beli antara FTS dan PPK Pendang Selatan di Pendang, Kedah, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankua­sa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah Datuk Nor Sabrina Mohd Noor.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri

Wilfred Madius Tangau, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp

Dr Mohd Shuhaizam

Mohd Zain, Pengarah

FTS Hamsidi Shaharah dan Pengerusi Ahli

Jemaah Pengarah PPK Pendang Selatan Abdullah Mohamad.

Projek perjanjian itu membolehka­n petani dari PPK Pendang Selatan membekalka­n 57,000 tan jerami padi daripada 12 sawahnya kepada FTS.

Sementara itu, Madius berkata, teknologi FTS menggunaka­n tindak balas enzim dipatenkan World Intellectu­al Property Orgnisatio­n (WIPO) dan membenarka­n syarikat untuk menghasilk­an kirakira 60 juta unit bahan pembungkus­an setahun.

“FTS berjaya menerima pengiktira­fan tempatan dan antarabang­sa bagi produk terbiodegr­adasi seperti Winner of

Waste to Wealth Award sempena Global Greentech Innovation Programme serta pensijilan SIRIM

ECO 009:2016 oleh kerajaan untuk produk berasaskan biomas bagi aplikasi makanan.

“Melalui pensijilan ini, pengguna dijamin kebolehper­cayaan dan keselamata­n produk dengan piawaian kebangsaan dan antarabang­sa.

“Dengan penggunaan teknologi ini, FTS mampu menukar sisa pertanian padi kepada pelbagai bentuk produk pembungkus­an untuk industri makanan,

 ??  ?? PENGGUNA dijamin kebolehper­cayaan dan keselamata­n produk.
PENGGUNA dijamin kebolehper­cayaan dan keselamata­n produk.
 ??  ?? SEBAHAGIAN
produk biodegrada­si yang menggunaka­n
jerami padi.
SEBAHAGIAN produk biodegrada­si yang menggunaka­n jerami padi.
 ??  ?? PROSES mengambil jerami padi di sawah.
PROSES mengambil jerami padi di sawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia