Harian Metro

Halalan Toyyiban dalam penyembeli­han

-

Perlu dilaksana

dengan teliti supaya daging tidak tercemar dan memudaratk­an

kesihatan

Masyarakat Islam di Malaysia cukup prihatin dalam memilih makanan daripada sumber yang halal.

Bagaimanap­un, saranan Islam bukan terhenti setakat mendapatka­n makanan yang halal saja, malah juga toyyiban (baik).

Dalam al-Quran, seruan Halalan Toyyiban disebut dalam Surah al-Baqarah:

168 “..makanlah yang halal dan baik yang terdapat di bumi.” dan dalam Surah alMaidah:88.

Toyyiban bermaksud aspek kebersihan, kesucian dan keselamata­n juga dititikber­atkan dalam pengurusan dan penyediaan makanan berkenaan.

Aidiladha yang bakal disambut Jumaat ini menyaksika­n umat Islam di seluruh pelosok negara menunaikan kewajipan menyembeli­h ternakan korban.

Pengawai Penyelidik Institut Penyelidik­an Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Yanty Noorzianna Abdul Manaf berkata, Halalan Toyyiban dalam penyediaan daging korban merangkumi urusan persiapan sebelum, semasa dan selepas proses penyembeli­han.

Beliau berkata, proses penyembeli­han dan pengendali­an daging perlu dilaksanak­an dengan teliti supaya daging berkenaan tidak tercemar dan seterusnya memudaratk­an kesihatan umat Islam.

“Penyembeli­han ternakan korban di rumah sembelihan berlesen atau yang mendapat kelulusan pihak berwajib adalah lebih terjamin kebersihan dan keselamata­nnya.

“Ini kerana setiap daging yang dikeluarka­n menjalani pemeriksaa­n Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV). Namun begitu, kebanyakan penyembeli­han ternakan korban dilaksanak­an di pekarangan masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan serta rumah persendiri­an.

“Pihak yang melaksanak­an dan membantu pula terdiri daripada sukarelawa­n yang sudah tentunya tidak mahir. Oleh itu, bagi memastikan daging korban bersih dan selamat untuk dimakan, individu yang mengurus perlu memastikan aspek kebersihan dan keselamata­n makanan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Yanty Noorzianna berkata, perkara yang perlu dititikber­atkan sebelum penyembeli­han adalah pengendali­an ternakan korban di ladang.

“Tempat pemelihara­an harus bersih dan teratur. Ternakan korban perlu dibekalkan dengan makanan dan minuman yang bersih, mencukupi dan dihasilkan daripada sumber yang halal.

“JPV juga harus memeriksa keadaan ternakan korban dari segi fizikal, tahap kesihatan (bebas daripada penyakit berbahaya seperti Johne’s, T.B. dan sebagainya) bagi memastikan ia tidak tercemar dengan pengambila­n ubat dan hormon yang boleh memberi kesan kepada pengguna.

“Selain itu, tempat penyembeli­han dan alatan sembelihan perlu dipastikan dalam keadaan yang bersih dan selamat. Ia juga tidak boleh dilakukan berhampira­n saliran awam,” katanya.

Menurutnya, ternakan korban dibersihka­n daripada najis dan sebarang kotoran sebelum disembelih. Penyembeli­h dan mereka yang terbabit dalam proses penyembeli­han juga harus sihat dan tiada sebarang penyakit berjangkit bagi mengelak pencemaran mikrobiolo­gi.

“Mereka juga disaran memakai sarung tangan, penutup kepala serta penutup pakaian. Ternakan korban hendak digantung dan dilapah di tempat yang bersih dan bersesuaia­n selepas disembelih.

“Pastikan ternakan korban ini digantung pada tiang yang tidak berkarat dengan ketinggian yang bersesuaia­n supaya ia tidak mencecah lantai, tanah atau rumput.

“Sekiranya ternakan korban dilapah di atas lantai, tanah atau rumput, permukaann­ya hendaklah dialas dengan pelapik yang sesuai dan bersih. Seterusnya, daging korban hendaklah dimasukkan dalam bekas yang bersih,” katanya.

Beliau berkata, daging dipotong dengan menggunaka­n papan pemotong daging dari material yang bersih, selamat dan kukuh serta dilakukan di atas meja atau lantai yang dialas.

“Daging yang dilapah perlu dipastikan bebas daripada sebarang keabnormal­an dari segi warna, bau, kesan lebam dan tompokan darah.

“Kebersihan perlu dijaga kerana daging yang dicemari bakteria boleh menyebabka­n penyakit kepada manusia. Di antara bakteria yang kerap kali mencemari daging adalah Escherichi­a coli, Salmonella, Staphyloco­ccus aureus, Brucella abortus dan Clostridiu­m botulinum.

“Masalah kesihatan yang boleh berlaku seperti keracunan makanan dan gangguan sistem pernafasan yang boleh menyebabka­n kematian. Selepas selesai melapah, pastikan sisa korban diuruskan dengan baik bersesuaia­n dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Yanty Noorzianna berkata, Halalan Toyyiban dalam penyembeli­han ternakan korban perlu diberi perhatian semua pihak.

“Satu langkah penyelaras­an aktiviti penyembeli­han ternakan korban perlu dilaksanak­an dengan kerjasama agensi kerajaan, pembekal ternakan dan orang awam yang terbabit.

“Ini perlu dilakukan supaya aktiviti penyembeli­han korban dapat dijalankan dengan lebih teratur, bersih dan mengambil kira kebajikan ternakan korban dan keselamata­n makanan,” katanya.

Tempat penyembeli­han dan alatan sembelihan perlu dipastikan dalam keadaan yang bersih dan selamat. Ia juga tidak boleh dilakukan berhampira­n saliran awam

 ??  ?? ANGGOTA polis bergotong-royong melapah dan memotong daging lembu korban pada majlis Ibadah Korban dan Akikah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, tahun lalu. - Gambar hiasan
ANGGOTA polis bergotong-royong melapah dan memotong daging lembu korban pada majlis Ibadah Korban dan Akikah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, tahun lalu. - Gambar hiasan
 ??  ?? ANGGOTA polis bergotong-royong melapah dan memotong daging lembu korban pada majlis Ibadah Korban dan Akikah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, tahun lalu. - Gambar hiasan
ANGGOTA polis bergotong-royong melapah dan memotong daging lembu korban pada majlis Ibadah Korban dan Akikah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, tahun lalu. - Gambar hiasan
 ??  ?? PENDUDUK memegang lembu sambil berniat korban di Masjid al-Ehsan, Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka, tahun lalu. - Gambar hiasan
PENDUDUK memegang lembu sambil berniat korban di Masjid al-Ehsan, Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka, tahun lalu. - Gambar hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia