Harian Metro

Kit lengkap buat cincau

-

Mengandung­i daun kering seberat 120g, tepung ubi 37.3g dan soda bikarbonat 2.5g

Pensyarahn­ya, Nurul Hasanah Md Teni berkata, oleh kerana di negeri ini tiada industri tananam cincau secara besar-besaran, pokok cincau kering terpaksa diimport dari Indonesia.

“Pada masa ini, kami memberi peluang kepada suri rumah dan belia untuk belajar cara membuat cincau sendiri sama ada untuk kegunaan sendiri, keluarga atau menjadikan­nya sebagai sumber pendapatan.

“KKJ menyediaka­n EZ kit lengkap untuk membuat cincau di rumah dengan tagline ‘Jom masak cincau di rumah’ yang mengandung­i bahan lengkap untuk membuat cincau.

“Kit lengkap ini mengandung­i daun cincau kering seberat 120 gram, tepung ubi 37.3 gram dan soda bikarbonat 2.5 gram. Untuk membuatnya, cincau kering hendaklah dibasuh kemudian daun direndam dalam jangka masa kira-kira lima minit bagi mengasingk­an batu atau debu halus pada daun cincau kering berkenaan,” katanya.

Menurutnya, selepas dibersihka­n cincau itu kemudian direndam dalam dua liter air bersama dengan 2.5 gram soda bikarbonat selama kira kira setengah jam.

“Kemudian ia direbus selama setengah jam dan disaring dengan tapis halus. Air cincau hitam yang disaring itu dicampurka­n

150 gram gula dan dipanaskan kembali serta dikacau supaya sebati.

“Kemudian masukkan bancuhan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan cepat sehingga hitam pekat berkilat,” katanya.

Nurul Hasanah berkata, air itu kemudian dituangkan ke dalam loyang atau bekas dan biarkan sejuk sehingga ia menjadi keras seperti jeli.

“Hampas yang digunakan untuk mendapatka­n pati membuat cincau yang kenyal itu boleh digunakan berulang kali. Rebus sekali lagi dengan air sampai mendidih kemudian tapis dan ambil airnya sehingga menjadi cincau.

“Pek EZ kit cincau ini dijual dengan harga RM25 satu dan kini mendapat sambutan mengalakka­n,” katanya. -Roselan Ab Malek

 ??  ?? LATIHAN amali turut diadakan.
LATIHAN amali turut diadakan.
 ??  ?? AHLI Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris (bersongkok) menyampaik­an kios cincau kepada pelajar KKJ.
AHLI Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris (bersongkok) menyampaik­an kios cincau kepada pelajar KKJ.
 ??  ?? POKOK cincau hitam.
POKOK cincau hitam.
 ??  ?? CINCAU dituang ke dalam bekas untuk menjadi keras
seperti jeli.
CINCAU dituang ke dalam bekas untuk menjadi keras seperti jeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia