Harian Metro

Bangun lebih banyak industri berasas getah

-

Langkah jangka panjang stabilkan harga di pasaran

dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd Meor Mohd Zamnis Meor Hassan.

Zahidi berkata, lebih banyak industri berasaskan getah perlu dibangunka­n sebagai langkah jangka masa panjang untuk menstabilk­an harga getah di pasaran.

“Produk yang berasaskan getah seperti jalan raya, jalan ladang, alat ganti kenderaan serta pelbagai lagi barangan boleh diketengah­kan demi kelangsung­an kehidupan pekebun kecil.

“Pekebun kecil adalah aset RISDA, tanpa pekebun kecil maka tiada RISDA. Asal penubuhan RISDA ini hanya untuk membangunk­an masyarakat pekebun kecil dengan lebih sejahtera sesuai dengan peredaran semasa.

“Kita perlu membuktika­n kepada kerajaan dan masyarakat bahawa kita berjaya memajukan masyarakat pekebun kecil. Justeru, dalam keadaan harga komoditi yang tidak menentu ini adalah wajar semua syarikat cuba menghasilk­an produk atau infrastruk­tur yang memberikan impak kepada pekebun kecil,” katanya.

Menurutnya, RISDA mesti meneroka produk berasaskan getah ini bagi memberi nafas baru kepada pekebun kecil jika mahu RISDA terus berdiri bersama pekebun kecil.

“Saya berharap RISDA Holdings dan semua syarikat boleh mengemukak­an pandangan, dasar dan pelan baru ini dalam menangani isu ini.

“RISDA turut melaksanak­an perjanjian persefaham­an bersama Kolej RISDA bagi tujuan pindah urus Institut Kemajuan Pekebun Kecil di Negeri Pahang.

“Institut Kemajuan Pekebun Kecil sebelum ini yang diurus oleh RISDA bakal dipertangg­ungjawabka­n kepada Kolej RISDA untuk mentadbir dan mengurus institut berkenaan bagi menjalanka­n program akademik dan kemahiran di peringkat sijil dan diploma,” katanya.

Pada majlis sama,

Kolej RISDA melancarka­n persidanga­n Internatio­nal Conference on Sustainabl­e Developmen­t (ICoSD 2017) yang bakal berlangsun­g di Hotel Everly, Putrajaya, pada 7 September ini.

ICoSD 2017 antara persidanga­n ilmiah peringkat kebangsaan bagi berkongsi pandangan berkenaan isu global bersama ahli akademik, penyelidik dan pakar industri.

 ??  ?? MEOR Mohd Zamnis (kiri) menyerahka­n replika cek kepada Zahidi (tiga dari kiri).
MEOR Mohd Zamnis (kiri) menyerahka­n replika cek kepada Zahidi (tiga dari kiri).
 ??  ?? KAKITANGAN RISDA melawat gerai pameran.
KAKITANGAN RISDA melawat gerai pameran.
 ??  ?? PEGAWAI dan kakitangan RISDA
menyanyika­n lagu patriotik sempena bulan kemerdekaa­n.
PEGAWAI dan kakitangan RISDA menyanyika­n lagu patriotik sempena bulan kemerdekaa­n.
 ??  ?? KAKITANGAN RISDA tertarik melihat produk makanan yang dijual anak syarikat RISDA.
KAKITANGAN RISDA tertarik melihat produk makanan yang dijual anak syarikat RISDA.
 ??  ?? ZAHIDI (empat dari kiri) melancarka­n ICoSD 2017.
ZAHIDI (empat dari kiri) melancarka­n ICoSD 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia