Harian Metro

Misi tawan puncak tertinggi Eropah

-

Bercerita lanjut, Rene’e mengakui dia mula berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian pada 2000 apabila dipelawa rakan menyertai ekspedisi mendaki Gunung

Kinabalu. Namun kerana tidak mendapat latihan mencukupi, wanita ini berasakan aktiviti lasak itu terlalu sukar untuk djadikan sebahagian daripada hobi.

“Ketika itu usia saya baru 39 tahun, tetapi saya melihat pendakian bukan aktiviti yang boleh diberikan fokus kerana terlalu berat. Bagaimanap­un, dengan kuasa Tuhan, saya diuji dengan berita yang maha berat untuk diterima.

“Pada 2001, saya didiagnos kanser sehingga terpaksa melalui pembedahan membuang payudara kiri, menjalani lapan kemoterapi dan 25 radioterap­i dalam tempoh sembilan bulan. Apabila semua rawatan selesai, tubuh saya hilang kecergasan dan berat naik mendadak sehingga 20 kilogram!

“Dalam situasi itu, saya berusaha melakukan pelbagai senaman untuk mengembali­kan keyakinan diri, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Sekitar pertengaha­n 2002, Rene’e dipelawa rakannya sekali lagi menyertai misi panjat gunung. Kali ini, lokasi yang dipilih cukup mencabar iaitu gunung di timur laut Tanzania, Kilimanjar­o.

“Kilimanjar­o adalah gunung tertinggi di Afrika. Ia mencapai ketinggian

5,895 meter (m) atau 19,341 kaki dari paras laut. Dari situ, saya mula menukar sasaran untuk cergas kepada menawan puncak tertinggi benua Afrika. Saya menukar strategi dan mengambil khidmat jurulatih peribadi untuk lebih fokus.

“Sepanjang 2003, saya hanya memikirkan misi menawan Kilimanjar­o. Sekalipun sibuk dengan tugas di pejabat, kali ini saya nekad membuat persediaan rapi. Dua kali saya bersama pasukan naik ke puncak Kinabalu pada 2004. Syukur kepada Tuhan, pada Januari 2005, kami berjaya tiba di kemuncak yang dicitacita­kan,” katanya.

Selepas kejayaan itu, Rene’e mengakui melalui perubahan besar dalam hidupnya. Dia akhirnya berjaya mengembali­kan keyakinan diri dan semakin nekad melawan kanser yang dihidapi. Malah, pulang saja ke Malaysia, dia menjadi perhatian media dan banyak pihak. Wanita ini sedar dirinya semakin kuat apabila dapat berkongsi pengalaman bertarung dengan kanser.

“Saya berusaha menyedarka­n lebih ramai wanita mengenai barah payudara dan kepentinga­n pengesanan awal kanser. Saya mahu lebih ramai wanita bangkit dan berani berdepan kanser. Biar mereka ini sedar sekalipun barah mencipta pengalaman menakutkan, namun ia

 ?? Ummu farah ?? Kami mengharapk­an
doa dan sokongan seluruh rakyat
Malaysia. Semoga misi
ini mencipta kejayaan besar ENAM wanita yang menyahut cabaran pendakian Misi Kembara Srikandi Prihatin Negaraku (KSPN).
Ummu farah Kami mengharapk­an doa dan sokongan seluruh rakyat Malaysia. Semoga misi ini mencipta kejayaan besar ENAM wanita yang menyahut cabaran pendakian Misi Kembara Srikandi Prihatin Negaraku (KSPN).
 ??  ?? UMMU Farah
UMMU Farah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia