Harian Metro

Usaha dakwah promosi kebersihan

-

Saya menyebut kepadanya, kalaulah saya kaya, saya akan bantu semuanya (orang yang memerlukan). Namun beliau membalas dengan tegas. Saya dikatakan tidak reda dengan ketentuan

Allah SWT kerana mahu menunggu kaya dulu sebelum membantu orang. Sedangkan kata beliau, jika saya diberi kekayaan, belum tentu harta itu dicurah ke jalan ini.

“Dari situ, saya nekad memperluas­kan Kembara Cintami. Alhamdulil­lah, rezeki saya juga berganda dan Allah SWT mempermuda­hkan banyak urusan saya tidak kira dalam keluarga, perniagaan dan kerja amal yang saya lakukan sekarang. Betapa kuatnya impak sedekah yang saya dapat lihat dan kerana itu jugalah saya semakin seronok merangka pelbagai aktiviti untuk golongan

memerlukan,” katanya.

BERKONGSI ILMU

Menyentuh pembabitan awalnya dalam bidang kecantikan, Rafizah berkata, semuanya bermula dengan minat. Sebagai anak kampung, wanita ini tidak pernah jemu bereksperi­men dengan herba dan bahan alami untuk merawat masalah wajah serta tubuh.

“Minat itu bercambah sehingga dewasa dan akhirnya saya berpeluang mempunyai spa kecantikan sendiri. Dari situ, saya berkerja keras mendapatka­n pulangan membanggak­an.

“Masuk tahun ketiga, kewangan syarikat kian stabil dan saya terpanggil membuat kerja kebajikan. Saya memilih nama Kembara Cintami dan mengajak dua kakitangan spa untuk turut serta mengunjung­i perkampung­an Orang Asli pertama iaitu Pos Bersih di Kampung Ulu Slim,” katanya.

Jelas Rafizah, kunjungan pertamanya bukan saja gagal membawa sebarang pulangan, malah dia langsung tidak dilayan masyarakat Orang Asli di sana.

“Saya tidak tahu langsung mengenai kehidupan sebenar masyarakat Orang Asli, bagaimana mereka menilai kunjungan orang luar dan sejauh mana keterbukaa­n kaum pribumi ini menerima perubahan. Jadi, kali pertama masuk (ke kawasan perkampung­an), memang setakat menjenguk saja.

“Kali kedua masuk, saya dapat berjumpa dengan tok batin dan memberitah­u rancangan mengadakan program di situ. Selepas kunjungan kali ketiga

 ??  ?? RAFIZAH
RAFIZAH
 ?? Rafizah ?? Kadang-kadang,
sambil saya memotong kuku mereka, saya akan bertanya sama ada Islam atau tidak. Tidak kira apa juga kepercayaa­n mereka, saya akan beritahu kebersihan diri
itu penting
Rafizah Kadang-kadang, sambil saya memotong kuku mereka, saya akan bertanya sama ada Islam atau tidak. Tidak kira apa juga kepercayaa­n mereka, saya akan beritahu kebersihan diri itu penting

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia