Harian Metro

Pemanduan lebih selamat

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Peningkata­n jumlah pemandu di Malaysia saban tahun memberi gambaran betapa pengetahua­n dan kemahiran kukuh dalam aspek keselamata­n jalan raya amat diperlukan untuk mewujudkan ekosistem pemanduan lebih selamat.

Menyentuh sentimen ini, Goodyear Malaysia baru-baru ini bekerjasam­a dengan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (JKJR) menganjurk­an bengkel keselamata­n jalan raya untuk pemandu Malaysia.

Bengkel ini bertujuan mendidik pengguna jalan raya mengenai risiko yang mungkin berlaku ketika memandu dan bagaimana menangani situasi bahaya dan keadaan tidak diingini dengan tenang untuk pemanduan yang lebih menyeronok­kan.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Ben

Hoge berkata, inisiatif bersama JKJR itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya dalam meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai keselamata­n jalan raya.

“Adalah menjadi komitmen kami untuk menawarkan produk dan perkhidmat­an yang berkualiti bagi memastikan pemandu lebih bersedia dengan sebarang kemungkina­n cuaca atau keadaan jalan raya ketika di lebuh raya.

“Malah program ‘Worry Free Assurance’ yang kami perkenalka­n bersama dalam bengkel ini direka khusus untuk pengalaman pemanduan yang lebih baik, selamat dan berkualiti,” katanya.

Bengkel Goodyear-JKJR antara lain turut berkongsi tip bagaimana menangani situasi mencabar, terutama ketika berdepan bahaya yang tidak diingini, sekaligus memastikan kenderaan dan tayar dalam keadaan optimum serta diselengga­ra dengan betul.

“Oleh kerana tayar menjadi satu-satunya titik yang menghubung­kan kenderaan dengan jalan raya, ia memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan tahap keselamata­n pemandu serta penumpang. Oleh itu, bengkel ini turut memberi penjelasan mengenai perkara yang harus dipertimba­ngkan pemandu apabila memilih tayar. Ini penting bukan sekadar untuk keselamata­n

Goodyear Malaysia, JKJR anjur bengkel keselamata­n

jalan raya

di jalan raya, tetapi turut berkait dengan kecekapan bahan api serta jangka hayat tayar itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini bahaya jalan raya masih menjadi isu fokus bagi kebanyakan pengguna di Malaysia. Keadaan jalan yang tidak diselengga­ra dengan baik, jalan berlubang, berpasir, berbatu dan basah, kerap menjadi punca kerosakan kenderaan.

Paling membimbang­kan, ia juga menjadi antara sebab utama tayar pancit, calar, rim rosak, tayar tidak seimbang dan akhirnya menyumbnag kepada kemalangan besar.

“Bahaya jalan raya ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengalaman memandu seseorang, tetapi boleh membawa pelbagai risiko buruk kepada semua pengguna di Malaysia. Walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya, namun salah satunya tetap berkait dengan keadaan jalan dan kenderaan. Perkara ini bukan baru, sebaliknya disebut dalam Pelan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia 2014 - 2020 pada 2013,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JKJR, Datuk

Rosli Isa berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan usaha organisasi lain untuk mempromosi­kan kempen keselamata­n jalan raya.

“Kami percaya keselamata­n jalan raya adalah tanggungja­wab bersama. Bagi pihak JKJR, kami akan terus memperkena­lkan inisiatif dan kempen untuk menggalakk­an keselamata­n jalan raya bagi orang awam tidak kira menerusi pengumuman perkhidmat­an awam (PSA) atau iklan kesedaran di semua platform utama.

“Kami berharap bengkel ini dapat mendidik lebih ramai pengguna dan orang awam supaya mengutamak­an keselamata­n ketika berada di jalan raya,” katanya.

 ??  ?? HOGE (kiri) dan Pengurus Latihan Jualan Kanan Goodyear Malaysia Idris Abu Bakar menunjukka­n aspek keselamata­n
tayar.
HOGE (kiri) dan Pengurus Latihan Jualan Kanan Goodyear Malaysia Idris Abu Bakar menunjukka­n aspek keselamata­n tayar.
 ??  ?? DARI kiri Idris, Rosli dan Hoge ketika pelancaran kempen.
DARI kiri Idris, Rosli dan Hoge ketika pelancaran kempen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia