Harian Metro

Pelbagai aktiviti untuk pelawat pameran buku

-

Generasi muda tunggak masyarakat maka amat penting tabiat membaca disemaikan dari usia muda seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Oleh itu, penganjura­n Pameran Buku Mega POPULAR di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (SPCC) 25 Ogos sehingga 3 September bukan saja memaparkan buku dan produk lain, malah ia juga menampilka­n pelbagai aktiviti dan atur cara untuk pelawat, termasuk kanakkanak dan remaja.

Ini termasuk hari bertema seperti Karnival Kitar-Semula ‘Little Eco Warriors’ POPULAR serta Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak dan Pertanding­an Mewarna Baju-T Kreatif dengan hadiah hebat menanti pemenang aktiviti ceria bersempena pameran buku ini.

Buku komik ‘Little Eco Warriors’ diterbitka­n dan dilancarka­n secara eksklusif oleh POPULAR Malaysia, awal tahun ini mengisahka­n pengembara­an sekumpulan remaja, dalam usaha mereka untuk menyelamat­kan bumi daripada pencemaran alam.

Kini anda boleh menyertai mereka dan mempelajar­i petua yang jarang diajar di sekolah dengan Karnival Kitar Semula ini. Ia akan berlangsun­g dari jam 12 tengah hari sehingga 5 petang sepanjang tempoh pameran dengan pendaftara­n percuma dalam talian di http://bit.ly/lewrecycle. .

Dianjurkan bersama Sunway Education Group, Pertanding­an Mewarna Baju-T Kreatif ‘Colour My T’ pula terdiri daripada dua kategori (A: 16 - 19 tahun; B: 20 - 23 tahun) yang akan berlangsun­g pada 30 Ogos dengan hadiah berjumlah RM6,600 tajaan Artline untuk dimenangi. Dengan yuran pendaftara­n RM5, peserta boleh mendaftar online di http:// bit.ly/tshirtcolo­uring. .

Negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaa­n Ke-60, bulan ini. Oleh itu Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak

‘We Are Malaysia’ turut dianjurkan bertujuan menyemai nilai patriotik sesama kanak-kanak.

Dianjurkan bersama Sunway Lagoon, pertanding­an ini terdiri daripada dua kategori (A: 5 - 8 tahun; B: 9 - 12 tahun).

Diilhamkan oleh siri buku karya Jeff Kinney yang laris, ‘Diary of a Wimpy

Kid’, Pertanding­an Mewarna ‘Wimpy Kid’ berlangsun­g Jumaat lalu.

Bertema ‘Malaysia: 60 Tahun Masyarakat Majmuk Berwarna-Warni”, Pertanding­an Huruf Tangan turut diadakan Jumaat lalu kepada remaja berumur 13 tahun ke atas.

Lawati www.popular. com.my atau laman Facebook rasmi POPULAR Malaysia untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? SUASANA pada Pameran Buku Mega POPULAR di Sunway Pyramid.
SUASANA pada Pameran Buku Mega POPULAR di Sunway Pyramid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia