Harian Metro

Kajol duta terbaru

-

merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Joyalukkas, Joy Alukkas, Kajol adalah pilihan tepat untuk membawakan imej jenama berkenaan.

“Dia bukan saja jelita dan berbakat besar yang mampu membawakan pelbagai watak mencabar, tetapi mempunyai personalit­i menarik. Walaupun namanya gah dan dikagumi ramai, namun dia masih bersikap merendah diri yang membuatkan

Kajol disayangi ramai. Semua kualiti inilah berpadanan dengan jenama kami,” katanya.

Sejak pembabitan­nya dalam dunia lakonan,

Kajol boleh tersenyum bangga dengan pelbagai anugerah yang diterimany­a dan kini dia memegang rekod sebagai pelakon yang paling banyak memenangi anugerah aktres wanita terbaik.

Dia terkenal sebagai pelakon versatil yang mampu menyerlahk­an wataknya dalam setiap lakonan. Kewibawaan itu membuatkan si jelita Bollywood ini terpilih sebagai duta jenama Joyalukkas dalam usaha syarikat berkenaan mengembang­kan penerokaan­nya dalam dunia perhiasan wanita.

“Saya adalah peminat barangan kemas Joyalukkas.

Selain mengagumi kisah kejayaan pemiliknya yang menaikkan semangat, saya juga sukakan rekaan baranganny­a. Tentu saja saya sangat gembira dan teruja menjadi sebahagian daripada ‘keluarga besar’ jenama yang diminati di seluruh dunia ini,” kata Kajol.

Sehingga kini Joyalukkas mempunyai 140 bilik pameran di 12 negara termasuk India, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Singapura, Malaysia, Oman, Qatar, Arab Saudi, Bahrain dan Kuwait. Kempen pemasaran besar-besaran yang memaparkan kejelitaan Kajol ini sedang dijalankan dan dijadualka­n akan dipamerkan di semua rangkaian kerja kumpulan berkenaan pada suku akhir tahun ini.

“Kami sangat berbangga dapat bekerjasam­a dengan individu yang mempunyai minat dan kecenderun­gan sama ke arah kecemerlan­gan. Kami mengalu-alukan kedatangan Kajol sebagai duta terbaru kami dan berharap kerjasama ini akan membuahkan hasil yang lebih baik dan berpanjang­an bersamanya,” kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Joyalukkas, John Paul Alukkas.

 ??  ?? PEMILIHAN Kajol (tengah) dianggap tepat untuk bawa imej jenama Joyalukkas.
PEMILIHAN Kajol (tengah) dianggap tepat untuk bawa imej jenama Joyalukkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia