Harian Metro

Buka tiga lagi MyFarm Outlet

-

Putrajaya: Tiga lagi cawangan MyFarm Outlet akan dibuka sebelum akhir tahun ini bagi memberi kemudahan kepada pengguna mendapatka­n barangan keperluan yang segar dengan harga berpatutan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tiga cawangan itu terletak di di Sungai Dua (Pulau Pinang), Puchong (Selangor) dan Setia Alam (Shah Alam).

“Pembukaan tiga lagi cawangan menjadikan jumlah keseluruha­n cawangan MyFarm Outlet 9 buah.

“Ini sebagai satu usaha kerajaan meringanka­n beban kos kehidupan rakyat dengan menawarkan harga berpatutan terhadap barangan keperluan yang terpilih,” katanya pada sidang media ketika mengadakan Lawatan Kerja Ke Myfarm Outlet, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Ketua Eksekutif MyKopiesat­u, Rozanna Ahmad Rosli.

MyFarm Outlet pertama mula beroperasi di Presint 7, Putrajaya pada 1 Mac 2016 dengan menawarkan harga barangan keperluan terpilih menerusi penjimatan lima sehingga 20 peratus daripada nilai pasaran semasa.

Selain di Putrajaya, lima buah dibuka iaitu di Kuala Kedah (Kedah), Chendering (Terengganu), Manjung (Perak), Simpang Empat (Perlis) dan Kota Bharu (Kelantan).

Jumlah jualan sebulan untuk keenam-enam cawangan MyFarm Outlet adalah RM3 juta.

Tajuddin berkata, pembukaan MyFarm Outlet tidak menggunaka­n peruntukan tinggi, malah dilaksanak­an melalui kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia