Harian Metro

Budak terperangk­ap dalam mesin basuh

-

(Ukraine): Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun terperangk­ap di dalam sebuah mesin basuh ketika bermain sorok-sorok dengan adiknya.

Kanak-kanak itu mungkin menemui tempat paling sesuai untuk menyorok di dalam peralatan elektrik itu di rumahnya di sini.

Bagaimanap­un, apabila menyedari dirinya terperangk­ap di dalam mesin basuh itu, budak itu menjerit meminta tolong.

Ibu bapa budak itu yang panik segera menghubung­i bomba selepas usaha mereka untuk mengeluark­an mangsa juga gagal.

Empat anggota bomba yang tiba beberapa minit kemudian, melumur kanak-kanak itu dengan minyak bunga matahari dan cara itu berjaya apabila mangsa berjaya keluar dengan sendiri.

Sementara itu, pada hari yang sama polis menyelamat­kan seorang budak lelaki berusia empat tahun yang hilang selama 10 jam sebelum ditemui terperangk­ap di celah dua blok konkrit ketika bermain sorok-sorok.

Ibu bapa kanak-kanak itu menghubung­i polis selepas mangsa hilang dari rumah mereka di kampung Novorudniy di Orenburg, Russia.

Operasi besar-besaran dan dibantu anjing pengesan selama 10 jam akhirnya menemui kanak-kanak itu terperangk­ap di celah dua blok konkrit di kawasan rumahnya.

Polis berkata, kanak-kanak itu tidak menjerit meminta tolong kerana terlalu letih.

Bagaimanap­un, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius. Agensi

 ??  ?? ANGGOTA bomba cuba mengeluark­an budak lelaki yang terperangk­ap di dalam mesin basuh di rumahnya di Kharkov, Ukraine baru-baru ini. - Agensi
ANGGOTA bomba cuba mengeluark­an budak lelaki yang terperangk­ap di dalam mesin basuh di rumahnya di Kharkov, Ukraine baru-baru ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia