Harian Metro

CHAMBERLAI­N SERTAI BLUES

- AFP

London

Pemain tengah England, Alex Oxlade-Chamberlai­n dijangka menyertai kelab juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea dari Arsenal, menurut laporan media Britain, kelmarin.

Kedua-dua kelab itu, menurut The Guardian, The Independen­t dan ESPN, bersetuju dengan bayaran perpindaha­n buat pemain berusia 24 tahun itu, yang digantikan ketika tewas 0-4 kepada Liverpool, Ahad lalu.

The Independen­t mendakwa Chelsea sedia membayar £35 juta (RM193 juta), sekali gus mengeruhka­n lagi hubungan antara jurulatih Arsene Wenger dengan penyokong Arsenal, yang melihat tidak banyak peningkata­n daripada pasukan musim lalu.

Wenger menyatakan awal bulan ini beliau mahu Oxlade-Chamberlai­n kekal di kelab itu. Pemain itu kini bersama skuad England bersiap sedia menghadapi kelayakan Piala Dunia dan dijangka membincang­kan terma peribadi bersama Chelsea hari ini.

“Sejak setahun lalu, peningkata­nnya amat ketara dan secara peribadi saya mahu dia kekal di sini dalam jangka panjang,” ujar Wenger.

“Saya yakin dia akan menjadi pemain Inggeris yang diintai semua kelab dalam dua tahun akan datang.”

Arsenal sekurang-kurangnya meraih pendapatan hasil penjualan Oxlade-Chamberlai­n, tidak sekiranya dia beraksi hingga kontraknya tamat tahun ini - kes sama membabitka­n pemenang Piala Dunia dari Jerman, Mesut Ozil dan bintang

Chile, Alexis Sanchez.

Sebelum ini,

Wenger menyatakan tidak kisah jika pemain menyempurn­akan kontrak mereka dan berpindah secara percuma.

Namun, urusan pembeliann­ya pada musim panas ini semakin membuatkan penyokong marah selepas beliau menandatan­gani

 Arsenal, Chelsea capai persetujua­n bayaran perpindaha­n RM193j

kontrak baru susulan menjuarai Piala FA.

Hanya penyerang Perancis, Alexandre Lacazette, dengan bayaran rekod kelab

£52 juta (RM287 juta) dan pertahanan kebangsaan

Bosnia, Sead

Kolasinac, yang dibeli secara percuma menyertai kelab itu setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia