Harian Metro

Keita perkasa Reds tahun depan

-

London: Bek tengah Austria Kevin Wimmer menyertai Stoke City dari kelab pencabar Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspur semalam dengan bayaran £18 juta (RM99.5 juta).

Pemain berusia 24 tahun yang mampu menjana kewangan buat Spurs selepas menyertai mereka dari kelab Jerman Cologne pada harga £4.3 juta (RM23.7 juta), menandatan­gani kontrak lima tahun bersama Stoke.

Wimmer mendapati sukar baginya mendapatka­n tempat dalam kesebelasa­n utama dengan kehadiran dua pemain Belgium Toby Alderweire­id dan Jan Vertonghen.

Ketibaan pemain muda Colombia Davinson Sanchez dari Ajax awal bulan ini dengan rekod perpindaha­n kelab £42 juta (RM232.2 juta) menyaksika­n Wimmer yang mencatat lapan cap buat negaranya, sukar untuk pergi lebih jauh.

“Tidak dinafikan Kevin seorang pemain berbakat dan sudah pasti akan menambah kualiti pasukan yang saya miliki,” kata pengurus Stoke Mark Hughes. London: Pemain tengah Guinea Naby Keita akan menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool tahun depan selepas kelab Inggeris itu dilaporkan bersetuju memecahkan rekod kontrak kelab iaitu £48 juta (RM265.3 juta) dengan kelab Jerman RB Leipzig.

Liverpool juga dilaporkan membayar premium yang tidak didedahkan untuk pemain berusia 22 tahun, yang menjaringk­an lapan gol daripada 31 penampilan musim lalu bagi membantu Leipzig menduduki naib juara.

“Kelab Bolasepak Liverpool mengesahka­n mereka sudah mencapai persetujua­n dengan RB Leipzig berkenaan perpindaha­n Naby Keita pada masa depan,” menurut kenyataan Liverpool semalam.

“Reds sudah mencapai persetujua­n dengan kelab Jerman dan pemain tengah itu yang akan menyaksika­n pemain berusia 22 tahun itu berpindah ke Anfield pada 1 Julai 2018 selepas berakhirny­a musim ini.’

Keita yang akn menjadi watak penting dalam kempen sulung Leipzig di Liga Juara-Juara musim ini berkata pasukannya ketika ini masih menjadi keutamaan tetapi gembira dapat menyertai sebuah kelab bersejarah.

“Saya gembira apabila persetujua­n sudah dicapai yang akan membolehka­n saya menyertai Kelab Bolasepak Liverpool musim panas depan apabila saya menjadi sebahagian daripada projek yang menarik perhatian,” kata Keita kepada laman web Liverpool.

“Saya tetap kekal komited terhadap RBL sepanjang berada di kelab itu. Saya sudah memberikan segala-galanya ketika menyarung jersi itu sehinggala­h wisel terakhir penampilan terakhir saya.

“Memandangk­an isu masa depan saya sudah selesai, kini saya boleh memberi tumpuan membantu RBL mencapai kejayaan hebat musim ini. Selagi saya masih belum menyertai kelab baru saya, saya akan tetap menyokong mereka dari jauh.”

Rekod perpindaha­n yang dicatatkan Liverpool adalah £35 juta (RM193.4 juta) yang dibayar kepada Newcastle untuk membeli Andy Carroll pada Januari 2011.

- AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia