Harian Metro

1 temasya, 4 emas

-

Nilai: Fatehah Mustapa muncul atlet berbasikal negara paling berjaya dalam sejarah Sukan SEA apabila meraih empat emas dalam satu temasya selepas berakhirny­a acara keirin, semalam.

Terdahulu, pelumba kelahiran Terengganu itu memenangi emas bagi acara pecut individu dan berpasukan serta ujian masa 500 meter selain mencipta dua rekod kebangsaan.

“Ini satu permulaan yang baik untuk menghadapi kejohanan yang lebih besar. Saya berharap mata yang diraih pada Sukan SEA ini mampu melayakkan saya ke siri Piala Dunia musim depan.

“Ini juga diharap dapat menebus kegagalan saya beraksi dengan baik di Olimpik Rio sebelum ini kerana masalah kesihatan ayah saya,” katanya.

Tambahnya, dia berharap prestasi itu akan kekal apabila menghadapi Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik selepas ini.

Pada edisi 2011, Fatehah meraih tiga emas dan dia antara watak penting untuk membolehka­n skuad berbasikal meraih 13 emas yang menjadi sasaran.

Sementara itu, gandingan Eiman Firdaus Mohd Zamri, Irwandie Lakasek, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff, Muhamad Afiq Huznie Othman kini mengintai peluang untuk memburu rekod Asia selepas kejayaan memenangi Sukan SEA dalam acara kejar mengejar berpasukan.

Mereka melakukan empat minit 09.999 saat untuk memecahkan rekod kebangsaan dan Sukan SEA ketika aksi kelayakan.

“Beri kami sedikit masa lagi, kami akan cuba memecahkan rekod Asia. Namun dengan catatan masa yang dilakukan ini, kami sudah berada dalam kedudukan pingat sekiranya bersaing di pentas Asia,” jelas Afiq Huznie.

 ??  ?? FATEHAH dan Fadhil menunjukka­n pingat emas masing-masing.
FATEHAH dan Fadhil menunjukka­n pingat emas masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia