Harian Metro

Halang kulit menjadi rosak

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Perlu penggantia­n semula

lipid secara berterusan

Kulit kita mempunyai benteng pertahanan semula jadi bagi mencegah kehilangan kelembapan berlebihan. Bentuk perlindung­an pada kulit iaitu lapisan lipid yang tipis di permukaan dan struktur lipid ini kaya dengan asid linoleik terletak antara sel korneosit.

Asid linoleik berfungsi menyatukan sel korneosit yang bertindak sebagai binaan bata bagi menghalang bakteria atau sebatian berbahaya daripada menembusi kulit, di samping menghalang kehilangan air dari dalam.

Bagaimanap­un, jika struktur lipid disingkirk­an menerusi cucian kerap atau tidak dihasilkan dalam kuantiti mencukupi akibat penuaan atau masalah ekzema atopik menyebabka­n sel korneosit merenggang antara satu sama lain dan wujud lubang pada benteng pertahanan kulit.

Benteng pertahanan kulit yang lemah mengakibat­kan timbul masalah kulit seperti kering, bersisik dan rapuh seterusnya terdedah kepada keradangan, gatal-gatal dan ekzema.

Oleh itu, penjagaan tetap adalah penting untuk mengatasi masalah dalam benteng pertahanan dan lipid bagi mengelak kerosakan lebih teruk.

Pengurus Maklumat Perubatan Dr August

Wolff GmbH & Co, Dr

Manuel Hauser berkata, bagi melindungi kulit daripada kerosakan benteng pertahanan dan penguranga­n lipid serta kelembapan, ia memerlukan penggantia­n semula lipid dan komponen kulit sihat penting yang lain secara berterusan.

“Dalam konteks ini, asid linoleik memainkan peranan penting. Bagaimanap­un, tubuh kita tidak dapat menghasilk­an asid linoleik sendiri, sebaliknya ia perlu dibekalkan daripada punca lain.

“Asid linoleik adalah asid lemak politaktep­u dan sebahagian daripada asid lemak Omega 6 yang ditemui dalam kebanyakan minyak sayuran.

“Ia membantu dalam mengekalka­n kesihatan membran sel, memperbaik­i penggunaan nutrien dan membina serta mengawal metabolism­e sel.

“Malah, asid ini juga menguatkan pertahanan semula jadi tubuh dan melawan keradangan menjadikan ia membantu dalam rawatan ekzema atopik,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian rawatan masalah kulit Linola oleh Nuvanta Sdn Bhd, barubaru ini.

Dr Manuel berkata, pihaknya menjalanka­n kajian ke atas sekumpulan penghidap ekzema dan kulit kering untuk menilai keberkesan­an kosmetik dan toleransi kulit terhadap rawatan mengandung­i asid linoleik penting.

“Kumpulan ini menggunaka­n sapuan harian mengandung­i asid linoleik selama dua minggu dan didapati peningkata­n hidrasi kulit yang ketara dalam tempoh berkenaan.

“Malah, dalam tempoh sama juga kehilangan air melalui kulit juga berkuranga­n sekali gus membaiki fungsi benteng pertahanan kulit.

“Masalah kulit kasar juga berkuranga­n dan keseluruha­nnya kulit mempunyai tahap toleransi yang baik terhadap rawatan Linola,” katanya.

Rawatan masalah kulit mengandung­i asid linoleik ini diinovasi oleh Dr Kurt Wolff yang membuat penyelidik­an mengenai asid lemak penting selama bertahun-tahun.

Berdasarka­n kajiannya, badan mesti dibekalkan dengan asid linoleik, sebagaiman­a badan kita perlu dibekalkan dengan vitamin dan makanan untuk kekal sihat.

Wolff kemudian menghasilk­an formulasi pada 1938 untuk membantu pertumbuha­n kulit dikenali Linola dan bahan aktif ini sebahagian­nya bertanggun­gjawab untuk mengekalka­n lapisan kulit luar dilindungi dari dalam supaya kelembapan­nya tidak banyak hilang.

Disebabkan manfaatnya yang memberikan perlindung­an, mampu menjana semua pertumbuha­n kulit dan antiradang, rawatan ini sangat sesuai untuk penghidap ekzema, psoriasis dan kulit kepala gatal kerana ia bukan saja membantu dengan penyembuha­n, tetapi juga melegakan kegatalan dan keradangan akibat masalah kulit terbabit.

 ??  ??
 ?? FOTO ?? Benteng pertahanan kulit melindungi kelembapan Benteng pertahanan kulit dengan lapisan lipid kaya asid linoleik Banyak kelembapan hilang Penguranga­n lipid akibat kerosakan benteng pertahanan kulit. Kulit kehilangan banyak air dan mengering
FOTO Benteng pertahanan kulit melindungi kelembapan Benteng pertahanan kulit dengan lapisan lipid kaya asid linoleik Banyak kelembapan hilang Penguranga­n lipid akibat kerosakan benteng pertahanan kulit. Kulit kehilangan banyak air dan mengering
 ??  ?? DR Manuel (tiga dari kanan) ketika melancarka­n produk rawatan kulit baru-baru ini.
DR Manuel (tiga dari kanan) ketika melancarka­n produk rawatan kulit baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia