Harian Metro

LARI PIKUL BOM

 Anggota polis jadi wira selepas aksi berani selamatkan 400 murid sekolah

- Agensi Bhopal, India

Seorang anggota polis menjadi wira apabila video menunjukka­n dia berlari sambil memikul bom hidup bagi menyelamat­kan kira-kira 400 pelajar tular di media sosial.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, ketua konstabel, Abhishek Patel bergegas ke sebuah sekolah di kampung Chitora di daerah Sagar selepas sebutir peluru meriam ditemui di belakang bangunan berkenaan.

Apabila tiba di sekolah itu, Patel mendapati sekumpulan wartawan berada di situ dan dia segera mengarahka­n semua pelajar mengosongk­an premis.

Patel kemudian mengangkat bom seberat 10 kilogram berkenaan dan terus berlari sejauh satu kilometer bagi membuang peluru meriam itu ke kawasan bukit.

Tindakan Patel mengejutka­n semua orang termasuk wartawan dan hanya seorang yang sempat merakamkan aksinya.

Video selama 12 saat yang menunjukka­n Patel berlari sambil memikul bom di bahu itu viral di media sosial dan ramai yang memuji keberanian­nya.

“Objektif saya adalah membawa bom itu sejauh mungkin dari kanak-kanak dan dari kawasan penempatan penduduk,” kata Patel. Menurutnya, polis pernah menemui peluru meriam serupa sebelum ini dan ia meletup dengan kuasa pemusnah sehingga 500 meter radius.

Polis memberitah­u, sekolah itu terletak tidak jauh dari lapang sasar tentera dan pihak berkuasa masih menyiasat siapa yang meletakkan bom itu di belakang sekolah.

Sementara itu, keberanian Patel mendapat penghargaa­n Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan yang menjemput anggota polis itu ke kediaman rasminya kelmarin.

Bagi menghargai keberanian Patel, kerajaan negeri menghadiah­kan wang tunai sebanyak 50,000 rupee (RM3,334) kepadanya.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n aksi berani Patel berlari sambil memikul bom hidup bagi membawa ia jauh dari kawasan sekolah. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n aksi berani Patel berlari sambil memikul bom hidup bagi membawa ia jauh dari kawasan sekolah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia