Harian Metro

Khalid kunjungi TPM Hadiah terbaik

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di pejabatnya di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), di sini semalam.

Khalid membuat kunjungan hormat itu sempena persaraann­ya 5 September ini, dan pertemuan berlangsun­g kira-kira 15 minit.

Khalid, yang genap berusia 60 tahun pada 5 September, sebelum ini mengesahka­n tidak akan menyambung kontrak perkhidmat­an sebagai Ketua Polis Negara selepas tarikh kelahirann­ya, yang juga tarikh rasmi persaraann­ya.

Beliau bersara selepas mengetuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama empat tahun.

Tidak ada hadiah yang lebih istimewa buat rakyat Malaysia selain sebuah kerajaan yang mampu menyampaik­an dan melaksanak­an janjinya sebagai pengisian sebenar kepada sebuah kemerdekaa­n negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan percaya dalam memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat, ia harus bersifat melangkaui politik dan hanya berorienta­sikan kepentinga­n rakyat dengan mengutamak­an projek infra rakyat seperti tren Aliran Transit Massa (MRT) yang bertaraf dunia.

Katanya, kerajaan tidak mahu membuang masa memberi perhatian terhadap percanggah­an sebaliknya begitu komited untuk memfokuska­n kepada usaha merencana agenda ekonomi dan rakyat.

“Kerajaan ini tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan jalan percanggah­an, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi, demi maslahah rakyat terbanyak.

“Kerajaan ini percaya dalam ikhtiar memberi khidmat kepada rakyat, ia harus bersifat melangkaui politik dan berorienta­sikan kepentinga­n

Kuala Lumpur: Bagi membela nasib anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementeria­n Pertahanan merancang untuk membina lebih banyak Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Rumah rakyat.

“Pucuk pangkalnya, di era pentadbira­n kerajaan ini, tiada hadiah yang lebih istimewa kepada rakyat, sebagai pengisian sebenar kepada sebuah kemerdekaa­n, melainkan menjadi kerajaan yang mampu menyampai serta melaksana janji yang dibuat dari semasa ke semasa,” katanya menerusi perutusan Merdeka 2017, di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, biarpun Malaysia dianggap berada di kalangan gugusan negara yang muda, kadar pertumbuha­n dan kemajuan yang dicapai jelas dilihat berlaku begitu pantas khususnya sejak 2009.

Katanya, pentadbira­n kerajaan sejak lapan tahun lalu juga tidak pernah berlengah-lengah malah amat komited melaksanak­an pelbagai dasar dan inisiatif ke arah memakmurka­n negara

 Kemakmuran pengisian sebenar sebuah kemerdekaa­n

serta mensejahte­rakan rakyat.

“Dekad demi dekad, melalui pelbagai era, pada 50-an di zaman awal kemerdekaa­n, membawa ke tahun 70-an membina pembanguna­n, 80-an dan 90-an babak- babak bermulanya pemodenan dan kemajuan, sehinggala­h kini sedang menyusuri transforma­si sebuah negara Bangsa, yang benar-benar bakal dijulang dalam gelanggang 20 negara terbaik dan terunggul di persada antarabang­sa, insya-Allah,

“Jika merujuk sudut ilmiah, dalam kamus peradaban dunia, Malaysia masih terangkum dalam gugusan negara muda, berbanding lain-lainnya yang jauh lebih lama bernegara serta merdeka.

“Meskipun begitu, jelas sekali, kadar pembanguna­n, pertumbuha­n dan kemajuan negara kita berpecut pada kadar yang sungguh signifikan terutama sejak tahun 2009 dengan berpaksika­n falsafah 1Malaysia: Rakyat Didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

Namun jelasnya, titian kemerdekaa­n yang dilalui saban tahun itu tidak mungkin menjadi realiti tanpa keamanan dan kestabilan negara selain sentiasa mengingati jasa serta pengorbana­n pejuang terdahulu.

“Kita tidak boleh sesekali lupa akan jasa dan pengorbana­n pejuang, anggota keselamata­n serta pasukan perajurit yang sentiasa berkawal demi menjaga kedaulatan di segenap penjuru tanah air.

“Perayaan kemerdekaa­n negara kita tahun demi tahun semakin mantap dan mendalam maksudnya. Dalam erti kata lain, setiap kali menjelangn­ya sambutan, ia menjadi satu momentum yang menganjak kita jauh ke hadapan sebagai sebuah negara bangsa yang berjati diri,” katanya.

 ?? Najib Razak ?? Kerajaan ini tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan jalan percanggah­an, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi, demi maslahah rakyat terbanyak”
Najib Razak Kerajaan ini tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan jalan percanggah­an, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi, demi maslahah rakyat terbanyak”
 ??  ?? AHMAD Zahid menyampaik­an cenderahat­i kepada Khalid ketika kunjungan hormat.
AHMAD Zahid menyampaik­an cenderahat­i kepada Khalid ketika kunjungan hormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia