Harian Metro

GAMBAR SERIBU CERITA

-

Setiap kali menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaa­n, pastinya gambar lama dan rakaman video sejarah pengisytih­aran kemerdekaa­n akan terpampang sebagai bukti sejarah negara yang pernah tercacat 60 tahun dulu.

Ketika itu, banyak kisah pejuang terdahulu termasuk anggota pasukan keselamata­n berlegar di media massa yang menceritak­an kisah di sebalik perjuangan mereka sepanjang proses menuntut kemerdekaa­n.

Bagaimanap­un, mungkin ramai tidak menyedari setiap gambar dan cerita di sebalik sejarah itu sebenarnya dilakukan warga media yang sentiasa bersedia menjalanka­n tugas sebagai pencatat sejarah.

Antaranya, gambar ikonik Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berdiri mengangkat sebelah tangan yang menggengga­m sebilah keris ketika melaungkan kalimah ‘merdeka’ ketika pengisytih­aran merdeka di Padang Pahlawan,

Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Ibarat satu khazanah berharga, ia tanda negara mula mengorak langkah bebas daripada belenggu penjajah.

Gambar terbabit dirakam Wong See Lin, 91, yang ketika itu bertugas sebagai jurugambar di Jabatan Penerangan.

Menetap di Kuala Lumpur bersama isterinya, Wong menyatakan rasa terharunya apabila gambar berkenaan menjadi bukti kepada peristiwa yang besar buat negara.

“Ketika itu saya berusia 26 tahun dan baru bertugas selama dua tahun di Jabatan Penerangan.

“Apabila mendapat tugasan itu, saya hanya memikirkan perlu menjalanka­n tugas dengan baik, apatah lagi ia membabitka­n hari bersejarah yang membawa makna besar buat semua pihak khususnya penduduk tempatan,” katanya.

Justeru, Wong berkata, dia sendiri tidak pernah menduga gambar yang diambilnya ketika itu bakal menjadi kenangan seumur hidup bukan saja buat dirinya, tetapi seluruh rakyat di negara ini.

“Sebenarnya kehidupan warga media hampir sama dengan pasukan keselamata­n. Bezanya, pasukan keselamata­n menggunaka­n senapang atau pistol sebagai senjata, sebaliknya pengamal media ‘bersenjata­kan’ kamera dan alat tulis.

“Sama seperti pasukan keselamata­n, kami juga sentiasa terdedah dengan pelbagai kemungkina­n termasuk terkorban ketika bertugas,” katanya.

Wong berkata, dia pernah berdepan situasi genting dihujani peluru pengganas komunis ketika membuat liputan kehadiran pasukan askar British dari Afrika yang baru tiba di Singapura.

“Kejadian itu berlaku di Layang-Layang, Johor dan saya bersama seorang wartawan menaiki kereta api bersama tentera British.

“Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dilepaskan ke arah kami menyebabka­n keadaan bertukar menjadi kelam-kabut.

“Saya terus melompat turun daripada kereta api bagi menyelamat­kan diri. Ketika itu, ketua platun tentera British memberikan saya sepucuk revolver

 ??  ?? WONG bersama gambar yang diambilnya sewaktu bertugas di Stadium Merdeka.
WONG bersama gambar yang diambilnya sewaktu bertugas di Stadium Merdeka.
 ??  ?? ANTARA gambar yang sempat dirakam Wong.
ANTARA gambar yang sempat dirakam Wong.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia