Harian Metro

Tuntutan harta sepencaria­n

 Anak bimbang rumah arwah ibu jatuh ke tangan orang lain

- Bersama Suriany Awaludin Penulis ialah peguam syarie

Adakah anak-anak berhak menuntut harta sepencaria­n? Contohnya, anak ingin menuntut harta iaitu sebuah rumah daripada bapa mereka selepas ibu meninggal dunia.

Bagaimanap­un, rumah berkenaan adalah di atas nama bapa. Anak-anak bimbang sekiranya bapa berkahwin lain, harta itu akan jatuh ke tangan isterinya.

Qashiful Amri Melaka

Tafsiran undangunda­ng berkenaan harta sepencaria­n adalah seperti diperuntuk­kan di dalam Seksyen 2 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam negeri-negeri yang mentafsirk­an bahawa: ‘harta sepencaria­n’ bermaksud harta yang diperoleh bersama suami isteri ketika perkahwina­n berkuat kuasa mengikut syarat yang ditentukan hukum syarak.

Jika tuntutan harta sepencaria­n diteruskan di mahkamah, ia perlu memenuhi kehendak di bawah Seksyen 122 Enakmen sama iaitu:

1. Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarka­n lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian untuk memerintah­kan supaya apa-apa aset diperoleh pihak-pihak itu pada masa perkahwina­n dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset diperoleh pihak-pihak itu pada masa perkahwina­n dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

2. Dalam menjalanka­n kuasa diberi oleh Subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian:

a. Takat sumbangans­umbangan dibuat tiaptiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu.

b. Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang dilakukan bagi manfaat bersama mereka.

c. Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwina­n itu jika ada dan tertakluk kepada pertimbang­an-pertimbang­an itu, mahkamah hendaklah membuat pembahagia­n yang sama banyak.

3. Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarka­n lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah­kan supaya apa-apa aset yang diperoleh pada masa perkahwina­n dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwina­n itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

4. Dalam menjalanka­n kuasa yang diberi oleh Subseksyen (3), mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:

a. Takat sumbangans­umbangan dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga.

b. Keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwina­n itu, jika ada dan tertakluk kepada pertimbang­anpertimba­ngan itu, mahkamah boleh membahagik­an aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkan­nya munasabah, tetapi walau bagaimanap­un, pihak yang memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

5. Bagi maksud seksyen ini, rujukan mengenai aset diperoleh pada masa perkahwina­n termasukla­h aset-aset yang dipunyai satu pihak sebelum perkahwina­n itu yang dimajukan pada sebahagian besarnya pada masa perkahwina­n itu pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.

Namun, peruntukan secara khusus tuntutan harta sepencaria­n selepas kematian tidak termaktub secara jelas dalam manamana Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.

Dalam persoalan minggu ini, jika berlaku bercerai hidup adakah si ibu pernah menuntut haknya dalam harta sepencaria­n daripada suaminya dan ia tidak dapat diselesaik­an berikutan kematianny­a.

Atau isteri tidak pernah membuat sebarang tuntutan haknya ke atas rumah yang diperoleh ketika perkahwina­n dengan suaminya seolah-olah isteri itu reda dan menghalalk­annya.

Dalam situasi pertama, jika tuntutan itu tidak dapat diselesaik­an maka anak-anak boleh membuat tuntutan bagi pihak ibu mereka kerana ia membabitka­n hak mereka sebagai anak dalam pusaka ibu mereka.

Justeru, dalam mengemukak­an tuntutan bagi pihak ibu, anak-anak perlu memenuhi kehendak yang diperuntuk­kan seperti petikan daripada Seksyen 122 di atas.

Namun, jika ibu tidak pernah membuat tuntutan haknya, anak-anak tidak boleh menuntut bagi pihak ibunya.

Ini kerana dalam hak eksklusif harta sepencaria­n adalah antara suami dan isteri.

Seterusnya, dalam membuktika­n dakwaan, anak-anak perlu mengemukak­an pembuktian sumbangan ibu mereka, sedangkan pihak yang mengetahui sumbangan itu adalah pasangan suami isteri itu sendiri.

Anak-anak tidak layak menuntut harta sepencaria­n bagi pihak ibu mereka.

Isu berkaitan rumah dinamakan di atas nama bapa, ia hanya akan memberi kesan kepada bahagian atau kadar yang layak dituntut oleh ibu berdasarka­n kepada sumbangann­ya.

Pendaftara­n nama di atas nama bapa tidak boleh menafikan hak ibu dalam harta sepencaria­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia