Harian Metro

113,039 tokan dadah dicekup

- Nurul Hidayah Baharudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 RM123 juta bahan lalok dirampas dalam 8 bulan

Angka menggusark­an apabila seramai 113,039 individu kebanyakan­nya pengedar dan penagih dadah ditahan di seluruh negara dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Kang Chez Chiang berkata, perangkaan dikumpulka­n pihaknya mendapati seramai 108,027 individu ditahan membabitka­n warga tempatan manakala 5,012 individu lagi adalah warga asing.

“Daripada jumlah itu, seramai 16,351 individu ditahan kerana kesalahan mengedar dadah, 37,628 individu pula memiliki dadah dan 59,060 individu adalah penagih dadah.

“Penahanan itu membawa kepada nilai keseluruha­n rampasan dadah berjumlah RM123 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 17 Ogos lalu,” katanya.

Kang berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah sepanjang tempoh terbabit yang dibahagika­n kepada dua kategori iaitu dadah jenis sintetik dan tradisiona­l.

“Bagi dadah jenis sintetik, sebanyak 905.32 kilogram (kg) syabu dirampas, ketamin (111.16 kg), ekstasi (116,303 pil), yaba (814,168 pil) dan Eramin 5 (2,658,886 pil).

“Dadah jenis tradisiona­l pula membabitka­n ganja dirampas seberat 960.18 kilogram, manakala heroin pula sebanyak 327.39 kilogram dirampas pihak polis dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan semua individu berkenaan membawa kepada sitaan pelbagai harta bernilai RM85.56 juta.

 ??  ?? KANG (tengah) menunjukka­n ganja seberat 24 kilogram yang dirampas dalam serbuan di tiga kawasan.
KANG (tengah) menunjukka­n ganja seberat 24 kilogram yang dirampas dalam serbuan di tiga kawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia