Harian Metro

‘Aku nak jalan selamanya’

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

 Kata-kata akhir OKU sebelum bunuh diri

“Ini mungkin pertemuan terakhir kita. Aku nak jalan selamanya dan tak akan kembali lagi.” Demikian kata-kata terakhir Awang Kecik Jelani, 30, kepada sepupunya Eddy Sanam, 40, sebelum terjun dari jambatan Kampung Sanggang, Sungai Pahang, di sini, Isnin lalu.

Mayat Awang yang juga orang kurang upaya (OKU) mental ditemui jam 8.30 pagi semalam selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan pihak berkuasa.

Menurut bapa saudara mangsa, Sanam Ripin, 63, pada mulanya anaknya menganggap anak saudaranya itu bergurau.

“Menurut anak, sebelum itu dia (Awang) ada meminta sebatang rokok pada anak. Dia kata jika mahu beri (rokok), berikan saja kalau tidak mungkin tiada rezekinya sebelum mengatakan mahu pergi jauh dan tidak akan kembali lagi,” katanya.

Bapa kepada 12 cahaya mata itu berkata, mangsa sudah tinggal bersamanya di Kampung Paya Sendayan selama sebulan.

“Sebelum ini dia tinggal bersama empat adik-beradiknya yang masih hidup di kampung sama memandangk­an ibu bapanya sudah tiada. Dia kemudian mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarga saya,” katanya.

Sanam berkata, ketika kejadian dia berada di Hutan Kemasul untuk mencari kayu gaharu.

“Sebaik selesai kerja, saya pulang ke rumah sebelum anak perempuan saya memaklumka­n kehilangan

Awang.

“Saya terus ke balai raya kampung untuk bertanya dan orang kampung memberitah­u ada melihat Awang menunggang motosikal namun tidak lama kemudian saya diberitahu, mungkin Awang terjun dari jambatan kerana motosikal dan seliparnya ada di atas jambatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh Hashnudin Hussin ketika dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui di Kampung Nyok iaitu 40 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh ketika dihubungi mengesahka­n penemuan mayat OKU berkenaan dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? MAYAT Awang dijumpai pasukan bomba, pagi semalam.
MAYAT Awang dijumpai pasukan bomba, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia