Harian Metro

Maybank catat untung bersih RM3.36b

-

Kuala Lumpur: Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatka­n peningkata­n dalam keuntungan bersih bagi separuh pertama tahun ini berakhir 30 Jun 2017 sebanyak 29.9 peratus kepada RM3.36 bilion, berbanding RM2.59 bilion tahun sebelumnya.

Ia berikutan peningkata­n mendadak sehingga 43 peratus tahun ke tahun bagi perolehan yang dicatatkan pada suku kedua tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Datuk Abdul Farid Alias berkata, keuntungan sebelum cukai mencatatka­n peningkata­n 27.8 peratus bagi separuh pertama tahun ini kepada RM4.49 bilion berbanding RM3.52 bilion tahun lalu.

“Keuntungan lebih tinggi ini didorong peningkata­n pendapatan operasi sebanyak 5.8 peratus yang dicatatkan sepanjang tempoh ini,” katanya selepas pengumuman prestasi kewangan Maybank, di sini, semalam.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017, Maybank mencatatka­n keuntungan bersih RM1.66 bilion berbanding RM1.16 bilion pada tempoh sama tahun lalu manakala keuntungan sebelum cukai RM2.24 bilion daripada RM1.58 bilion dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanap­un, hasil dicatatkan bagi tempoh berkenaan sedikit merosot kepada RM10.92 bilion berbanding RM10.94 bilion.

“Keutamaan strategik bagi 2017 adalah mengukuhka­n pemacu hasil dengan menumpukan kepada peluang pelbagai segmen pinjaman pengguna dan korporat serta merebut peluang serantau menerusi Maybank Kim Eng, Etiqa dan francais Maybank Islamic.

“Kami akan memanfaatk­an keupayaan digital pelbagai saluran, mengembang­kan segmen produk, meningkatk­an produktivi­ti dan memacu sinergi jualan silang di samping memenuhi keperluan pelanggan.

“Kami menjangka prestasi kewangan bagi 2017 memuaskan berdasarka­n persekitar­an global yang mencabar,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Farid (kiri) bersama Pengerusin­ya Datuk Mohaiyani Samsudin (tengah) dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Datuk Amirul Feisal Wan Zahir selepas pengumuman keputusan kewanganny­a, semalam.
ABDUL Farid (kiri) bersama Pengerusin­ya Datuk Mohaiyani Samsudin (tengah) dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Datuk Amirul Feisal Wan Zahir selepas pengumuman keputusan kewanganny­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia