Harian Metro

Sasar RM5 juta

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

 MPH Bookstores unjur jualan meningkat di Bookervill­e Carnival SALE

MPH Bookstores Sdn Bhd menyasarka­n transaksi jualan meningkat sehingga RM2 juta kepada RM5 juta sepanjang tempoh Bookervill­e Carnival SALE kali ini, berbanding RM3 juta yang dicatatkan pada karnival sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasinya, Donald Kee berkata, pihaknya juga berharap penganjura­n program kali kelima yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) bermula 30 Ogos sehingga 3 September berkenaan dapat menyaksika­n kehadiran sehingga 500,000 pengunjung.

“Kami yakin mampu mencapai sasaran pengunjung ditetapkan didorong pemilihan lokasi strategik berhadapan Setia City Mall selain diadakan pada musim cuti persekolah­an.

“Dengan menghimpun­kan 200 jenama di dalam ruang pameran berkeluasa­n 30,000 kaki per segi, pesta buku mega ini menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk pelbagai judul buku baru dan terlaris,” katanya selepas majlis pelancaran Bookervill­e Carnival SALE kelima, di sini, semalam.

Menurutnya, antara produk lain ditawarkan adalah alat tulis, alat permainan untuk pembelajar­an, hadiah, gajet serta snek dan manisan.

Menariknya, pengunjung bakal menerima pelbagai tawaran lain termasuk Beli 1 Percuma 1, Istimewa Harian dan Nilai Hebat daripada harga serendah RM8.

Malah, pemegang kad MPH Readers’ Circle (MRC), CIMB Bank dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) turut berpeluang menikmati diskaun tambahan sepanjang pesta buku itu berlangsun­g.

“Dengan manfaat baru MRC, ahli tidak perlu lagi mengumpul dan menebus mata untuk menikmati penjimatan di MPH Bookstores. Bermula 1 Julai lalu, ahli MRC layak menikmati 10 peratus diskaun untuk semua barangan setiap hari dan sepanjang tahun di semua cawangan MPH seluruh negara,” katanya. Nestle Nespresso memperkena­lkan koleksi kopi terbaru edisi terhad iaitu BARISTA dengan tiga perisa yang berbeza merangkumi BARISTA Chiaro, BARISTA Scuro dan BARISTA Corto.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan­nya, Geoffrey Dalziel berkata, gabungan kopi halus terbaik bersama susu berkualiti tinggi berkenaan mampu memberikan rasa sensasi seperti hasil tangan barista profesiona­l.

“Daripada perbincang­an dengan Ahli Kelab Nespresso, kami mendapati kopi hitam tidak semestinya setanding mahupun sehebat kopi dengan adunan susu.

“Justeru, berdasarka­n pemahaman dan pengetahua­n kami mengenai kopi, kami berjaya menghasilk­an kopi susu dengan campuran rasa pahit, keasidan dan aroma yang ideal ke dalam setiap cawan pengguna,” katanya pada majlis pelancaran BARISTA, di sini.

 ??  ?? KEE menunjukka­n pelbagai jenis buku yang terdapat di MPH Bookervill­e Carnival Sale di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
KEE menunjukka­n pelbagai jenis buku yang terdapat di MPH Bookervill­e Carnival Sale di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
 ??  ?? PEKERJA Nestle membancuh kopi edisi terhad Nespresso.
PEKERJA Nestle membancuh kopi edisi terhad Nespresso.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia