Harian Metro

‘Temasya paling hebat, diingati’

-

Kuala Lumpur: Presiden Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar merumuskan bahawa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang melabuhkan tirainya semalam sebagai temasya yang hebat dan paling diingati.

Sambil mengucapka­n tahniah kepada Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) di atas kelancaran edisi ke-29 itu, Tunku Imran jelas berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Malaysia selepas berjaya mengutip 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n syabas kepada Malaysia kerana berjaya menganjurk­an sebuah temasya yang akan diingati,” kata Tunku Imran.

“Tiada apa yang sempurna di dunia ini, tetapi anda berjaya mengatasi beberapa masalah sepanjang perjalanan untuk menghasilk­an keputusan yang boleh dibanggaka­n.”

Pungutan pingat itu membolehka­n Malaysia bergelar juara keseluruha­n daripada 11 negara yang mengambil bahagian dan 145 emas itu membolehka­n kontinjen negara melepasi sasaran 111 pingat emas.

Sebelum ini, pungutan pingat terbaik Malaysia ialah ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah edisi 2001 dengan 111 pingat emas tetapi dengan pencapaian dan penguasaan luar biasa beberapa sukan dalam kalendar Olimpik seperti basikal dan terjun menjadikan pencapaian kali ini lebih gemilang.

“Kita menjadi saksi kepada persembaha­n hebat atlet daripada 11 negara Asia Tenggara membabitka­n 404 acara dan 38 jenis sukan. Dan untuk atlet yang gagal memenangi pingat kami tahu anda sudah memberikan yang terbaik.

“Syabas kepada kontinjen Malaysia yang berjaya muncul juara keseluruha­n dan juga kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang bertungkus lumus dalam menyediaka­n kontinjen.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia