Harian Metro

Banyak perkara mesra Muslim di Taiwan

- DARI MUKA 1

Daripada restoran halal

sehinggala­h hotel beri kemudahan kepada pelancong beragama Islam

Pengalaman singgah dan menunaikan solat di Taipei Grand Mosque, Taipei City pula antara permulaan lawatan yang menarik.

Daripada tujuh masjid di Taiwan, Taipei Grand Mosque antara yang tertua dan siap sepenuhnya pada 1960.

Terdapat kira-kira 500,000 masyarakat Muslim di Taiwan membabitka­n pengunjung, penyelidik, penuntut dan pekerja dalam pelbagai bidang.

Berada di Shilin Night Market pula, mata menjadi rambang dek aneka cenderahat­i tempatan dijual di situ.

Semakin malam, suasana di pasar itu kian meriah dengan limpahan lampu, lorong gerai dan pengunjung asing serta tempatan dari pelbagai lapisan usia.

Terletak di daerah

Shilin Taipei, Shilin Night Market ini hanya 70 meter dari Stesen MRT Jiantan antara Dadong Rd, Danan

Rd, Wenlin Rd dan Jihe Rd. Lelong lorong diisi dengan pelbagai barangan tempatan, tradisiona­l dan antarabang­sa yang menarik perhatian.

Usai ke pasar itu, kami dibawa menikmati malam malam di Halal Bismilla Restaurant iaitu antara Muslim Restoran yang popular di Taipei City.

Menawarkan pilihan masakan Thai yang lazat dengan harga berpatutan membuatkan suasana menjamu selera lebih menyeronok­kan bagaikan berada di menikmati sajian enak Thai di Malaysia.

Hari pertama mengenali Taipei City, U Hotel Taipei pula menjadi tempat penginapan sulung kami.

Menariknya, U Hotel Taipei turut tersenarai antara Pelanconga­n Mesra Muslim (MFT) di negara itu dan anda tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati sarapan di restoranny­a yang dikategori sebagai MFT.

Jadual hari kedua mengajak kami menaiki Keretapi Berkelajua­n Tinggi Taiwan (THSR) dari Taipei City ke Taichung City.

Sampai saja di Taichung City, menuju pula ke Puli sebelum menikmati makan tengah hari di Tsai Food Restaurant yang juga MFR.

Berada di Sun Moon

Lake antara tasik terbesar di Taiwan dan menawarkan pemandanga­n indah serta pelbagai tarikan.

Malah sebilangan besar hotel resort dan inap desa berada di sekitar tasik. Tinggal sekurangku­rangnya satu malam di situ untuk anda berpeluang menyaksika­n pemandanga­n tasik yang berbeza sama ada senja atau ketika matahari terbit.

Seterusnya makan malam dan menginap di Tai Yi Red Maple juga memberikan pengalaman luar biasa. Malah kawasan itu juga turut diiktiraf sebagai MFR dan MFT.

Kunjungan ke Leofoo Village Theme Park juga tidak lengkap jika anda tidak mencuba permainan mencabar di taman tema itu sebelum menikmati makan tengah hari di Aladdin Restaurant, yakni MFR. Jangan lepaskan peluang mencuba sajian ala Arab di restoran MFR itu selain ruang menunaikan solat disediakan.

Petang, dalam kabus tebal kami berpeluang menjejakka­n kaki di Xiaoyouken­g iaitu kawasan geologi aktif bekas letusan gunung berapi seperti kawah dan kolam air panas.

Makan malam, penginapan dan sarapan di Atami Hotel nyata bermakna kerana tersedia kemudahan menunaikan solat, restoran MFR dan hotelnya juga MFT.

Esoknya, hari keempat membawa kami ke Yehliu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia