Harian Metro

Bukan mudah tapi tak mustahil

- Dari muka 15

Menurut Fatin Nur Afira, selain faktor minat, dia tekad memiliki perniagaan sendiri bagi membuktika­n kemampuann­ya kepada segelintir rakan yang pernah memandang rendah terhadapny­a.

“Mereka ketawakan saya kerana melakukan perniagaan dalam talian menjual produk kecantikan selain ada yang mengatakan saya tiada masa depan dan tidak boleh pergi jauh.

“Mereka turut beranggapa­n bidang yang saya ceburi ini melecehkan dan perlu bersaing dengan ramai usahawan ternama dan berjaya,” ujarnya.

Namun semua itu tidak sedikit pun melemahkan semangatny­a untuk terus melakar kejayaan kerana dia yakin di mana ada kemahuan

di situ pasti ada jalan.

BANTU WANITA ALAMI

MASALAH KULIT

Mengusahak­an perniagaan dalam bidang kecantikan atas jenama Marvella White, Fatin Nur Afira berkata, sehingga kini dia mempunyai dua jenis produk iaitu serum solekan dan ‘skin booster’.

“Hasrat utama saya untuk membantu mengatasi masalah kulit yang dihadapi ramai wanita masa kini. Kita semua tahu, masalah kulit menjadi antara penyebab utama yang boleh melemahkan keyakinan seseorang tidak kira lelaki atau wanita.

“Memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat boleh membawa seseorang melangkah lebih jauh dalam kerjayanya. Disebabkan itu, saya tekad mengeluark­an produk yang mampu membantu semua wanita tanpa mengira jenis kulit untuk memiliki kulit wajah sihat,” katanya.

Menurutnya, walaupun ia bukan mudah terutama bagi meyakinkan pengguna untuk memilih produknya namun ia juga bukan sesuatu yang mustahil.

“Saya sentiasa berusaha memperkena­lkan jenama saya kepada pelanggan terutama wanita yang mahu tampil menawan.

“Atas faktor itu juga saya menyusun strategi sebaik mungkin bagi memastikan setiap produk diterima umum dan membantu mendapatka­n hasil diinginkan,” ujarnya.

Menurutnya, sebelum menghasilk­an produknya, dia menjalanka­n kajian terperinci bagi memastikan keberkesan­an penggunaan setiap produk.

“Saya tidak mahu syok sendiri dan hasilkan produk yang tak diketahui tahap keberkesan­annya. Disebabkan itu juga saya akan pastikan saya sendiri menjadi pengguna terawal setiap produk saya.

“Selain itu, saya juga berusaha membantu lebih ramai wanita menambah pendapatan dengan menjadi sebahagian pasukan kami,” katanya.

Fatin Nur Afira berkata, segalanya dapat dicapai sekiranya dia terus komited bekerja dan tidak mengamalka­n sikap sambil lewa.

DUA IDOLA

Tidak salah memasang angan-angan kerana impian itu mampu membantu diri untuk lebih bersemanga­t melakar kejayaan.

Fatin Nur Afira akui, dia menjadikan dua jutawan hebat dalam bidang kosmetik, Datuk Seri Vida dan Datuk Aliff Syukri sebagai idolanya untuk berjaya.

“Saya amat kagum dengan kesungguha­n dan kehebatan dua individu itu kerana mereka tahu apa yang dimahukan dan berusaha untuk mencapainy­a.

“Begitu juga dengan saya, walaupun masih baru dan jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh namun saya tetap yakin mampu mengikut jejak mereka satu hari nanti,” ujarnya.

Menurutnya, dia juga amat bersyukur kerana dianugerah­kan keluarga terutama suami dan ibu yang banyak memberi semangat serta berada di sisi di saat suka mahupun duka.

“Tanpa mereka saya tidak yakin mampu berada pada tahap ini dan disebabkan mereka juga saya mahu berjaya untuk membanggak­an insan yang saya sayang.

“Saya juga berharap dapat membantu setiap wanita yang mempunyai masalah kulit wajah dan dalam masa sama membantu lebih ramai wanita yang ingin menjana pendapatan bulanan melalui perniagaan,” katanya.

Katanya, walaupun perjalanan masih jauh, dia tidak akan sesekali merugikan masa dan akan berusaha sebaik mungkin demi impiannya.

“Saya mahu jenama Marvella White dikenali ramai bukan untuk mengaut keuntungan namun untuk membantu wanita yang mengalami masalah kulit.

“Untuk itu, saya akan gunakan segala ilmu serta pengalaman yang ada bagi mengembang­kan lagi bidang perniagaan yang saya ceburi ini,” ujarnya.

 ??  ?? YAKIN mampu berjaya. Saya tekad mengeluark­an produk yang mampu membantu semua wanita tanpa mengira jenis kulit untuk memiliki kulit wajah sihat
YAKIN mampu berjaya. Saya tekad mengeluark­an produk yang mampu membantu semua wanita tanpa mengira jenis kulit untuk memiliki kulit wajah sihat
 ??  ?? FATIN Nur Afira tak kenal erti putus asa .
FATIN Nur Afira tak kenal erti putus asa .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia