Harian Metro

Alasan tak munasabah

-

Kuala Lumpur: Ketika umat Islam mahu menyambut Aidiladha, seorang wanita sanggup mengambil penerbanga­n dari Sabah semata-mata mahu bermadu kasih bersama teman lelaki di sebuah hotel murah.

Tindakan wanita berusia 20-an itu yang bercengker­ama bersama pasangan bukan mahram memakan diri apabila dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JAWI) di sebuah bilik hotel di Danau Kota, kelmarin.

Pasangan itu antara 23 individu yang ditahan dalam operasi JAWI termasuk dua pondan berusia 20 hingga 60 tahun.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam operasi itu, pihaknya memberi tumpuan kepada hotel bajet dan rumah urut yang menjadi sarang maksiat setiap kali musim perayaan termasuk malam ambang merdeka.

“Ketika serbuan di Jalan Chow Kit, di sini, kami menahan dua lelaki yang menyerupai wanita atau pondan yang sedang mendekati individu di kawasan berkenaan.

“Sebaik menyedari kehadiran kami, mereka terus melarikan diri, namun berjaya ditahan anggota penguat kuasa JAWI yang sudah mengepung kawasan berkenaan,” katanya.

Wan Jaafar berkata, kebanyakan yang ditahan memberi pelbagai alasan tidak munasabah kononnya mereka terpaksa bermalam di hotel bajet berkenaan.

“Ada pasangan memaklumka­n mereka terpaksa bermalam kerana terlalu penat untuk pulang ke rumah selepas keluar meraikan sambutan ambang kemerdekaa­n walaupun lokasi rumah mereka berhampira­n Danau Kota di Wangsa Maju,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN yang ditahan dalam Operasi Ambang Merdeka.
PASANGAN yang ditahan dalam Operasi Ambang Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia