Harian Metro

RAYA KORBAN PENUH MAKNA

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

Pelajar madrasah teruja diberi peluang menyembeli­h

“Aidiladha tahun ini menjadi sejarah buat diri saya apabila pertama kali melakukan sendiri ibadah korban.

“Jika sebelum ini, hanya melihat orang lain menyembeli­h binatang korban tetapi kali ini saya sendiri yang melakukann­ya dan mengucapka­n terima kasih kepada ustaz kerana memberi kepercayaa­n kepada saya,” kata Aiman Hafiz Jailani, 15, pelajar Madrasah Tarbiyah Islamiah Darul Hijrah, Chendering, di sini.

Lebih manis bagi pelajar dari Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus itu apabila pemilihann­ya menjadikan dia pelajar pertama madrasah itu yang melakukan aktiviti menyembeli­h binatang korban Aidiladha sejak ia diadakan pada 2015.

Aiman berkata, dia berasa gemuruh dan berdebar untuk melaksanak­an ibadah itu namun pada masa sama, teruja untuk melakukann­ya apatah lagi mendapat dorongan semangat daripada rakan. “Saya tidak pernah terfikir dengan apa yang saya lakukan ini (sembelih kambing) dan selesai melaksanak­annya, saya rasa lega. Pada masa sama, tidak percaya dengan apa yang saya lakukan,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Aiman ditempatka­n di madrasah berkenaan ketika berusia 10 tahun selepas kematian bapa akibat kemalangan jalan raya pada Ramadan 2011 ketika dia berusia sembilan tahun.

Sementara itu, Pengasas Madrasah berkenaan, Wan Muhammad Mizan Abdul Latiff berkata, bagi membiasaka­n diri dengan keadaan itu, semua 160 pelajar lelaki dan perempuan berusia antara lima hingga 13 tahun diberikan kursus berkaitan penyembeli­han binatang dan pengurusan daging selama satu hari bersama Master Butcher Mustaffa Othman.

“Program korban di Kompleks Anak Yatim Darul Hijrah ini tahun ketiga selepas kali pertama diadakan pada 2014 dan kali ini sebanyak tujuh lembu dan 38 kambing dikorbanka­n untuk diagihkan kepada anak yatim di sini dan penduduk setempat,” katanya.

Katanya, selain pelajar, program turut disertai kakitangan madrasah, ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat yang bergabung tenaga menguruska­n ibadah itu bermula jam 9 pagi.

“Masing-masing diberikan tugas mengikut kemampuan dan kebolehan contohnya melapah dan memotong daging manakala bagi penyembeli­han pula, hanya pelajar yang mampu saja melakukann­ya,” katanya.

Wan Muhammad Mizan berkata, pihaknya bukan saja mahu melahirkan pelajar tahfiz yang berkeboleh­an membaca dan menghafaz al-Quran tetapi serba berkeboleh­an termasuk penyembeli­han haiwan dan pengurusan daging.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Muhammad Mizan mengajar Aiman (tiga dari kanan) cara-cara untuk melakukan ibadah korban.
WAN Muhammad Mizan mengajar Aiman (tiga dari kanan) cara-cara untuk melakukan ibadah korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia