Harian Metro

Ekovest terima tempahan RM12.6 bilion

-

Kuala Lumpur: Syarikat pembinaan, hartanah dan konsesi lebuh raya, Ekovest Berhad (Ekovest) kini memiliki tempahan bernilai RM12.6 bilion untuk tempoh sehingga lima tahun akan datang sebahagian besar disumbangk­an oleh projek infrastruk­tur.

Pengarah Urusannya, Datuk Lim Keng Cheng berkata, segmen hartanah dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM7.81 bilion turut memberi sumbangan signifikan kepada syarikat.

Beliau berkata, melangkah ke depan, syarikat akan terus mengintai peluang mendapatka­n lebih banyak lagi projek dalam usaha meneruskan momentum pertumbuha­n yang mantap sekali gus menjadi antara pemain industri berdaya maju.

“Antara tender yang sedang dibida termasuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Transit Aliran Massa (MRT) dan beberapa lebuh raya.

“Kami yakin prospek bagi segmen infrastruk­tur terus positif dengan beberapa projek mega yang akan dilaksanak­an di dalam negara beberapa tahun akan datang,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Pada tahun ini, Ekovest menerima kelulusan bagi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2A dan melupuskan 40 peratus kepentinga­nnya dalam DUKE kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tahun lalu, Ekovest melalui anak syarikat milik penuhnya, Lebuhraya DUKE Fasa 3 Sdn Bhd telah menandatan­gani perjanjian konsesi dengan kerajaan bagi pembinaan Setiawangs­a-Pantai Expressway (SPE) yang bernilai RM3.738 bilion bagi tempoh konsesi selama 53 tahun enam bulan.

Lim berkata, Syarikat turut mengambil bahagian dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo menerusi usaha sama dengan Samling Resources Sdn Bhd (Samling Resources), berpangkal­an di Miri bagi membangunk­an laluan sejauh 95.4 kilometer di Sarawak di bawah kontrak bernilai RM2.11 bilion.

Fasa pertama projek lebuh raya itu, akan menyaksika­n Samling Resources memegang 70 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama berkenaan yang dinamakan SamlingEko­vest JV Sdn Bhd (SamlingEko­vest). Lebuhraya Pan Borneo adalah satu rangkaian laluan persekutua­n yang menghubung­kan Sarawak, Brunei dan Sabah.

 ??  ?? LIM menunjukka­n sebahagian projek Ekovest.
LIM menunjukka­n sebahagian projek Ekovest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia