Harian Metro

Pantau bunuh diri pada hari pertama sekolah

-

Tokyo: Selebriti Jepun dan sebuah zoo di Tokyo memberi kata-kata galakan semalam untuk kanak-kanak yang cenderung murung selepas sekolah negara itu dibuka semula - hari yang sering melihat peningkata­n kejadian bunuh diri dalam kalangan golongan berkenaan.

Bagi sesetengah murid, hari kembali ke sekolah mencetuska­n tekanan tinggi terhadap pelbagai isu termasuk bimbang dibuli atau gagal mencapai prestasi ditetapkan keluarga.

“Kembali ke sekolah memang waktu rasa cemas,” kata wakil pengarah AfterSchoo­l, pertubuhan yang membantu ibu bapa mengesan tanda awal kemurungan kanak-kanak.

Jepun - yang amat menekankan kejayaan akademik - mempunyai kadar bunuh diri tertinggi antara negara G7 dengan lebih 20,000 orang melakukann­ya setiap tahun.

Kira-kira 500 remaja bawah usia 20 tahun membunuh diri setiap tahun dengan kadar membabitka­n golongan itu pada 1 September - hari pertama sekolah - tiga kali lebih tinggi berbanding hari biasa.

Minggu lalu, pelakon Shoko Nakagawa memuat naik mesej ‘Jangan mati. Hidup’ di Twitter, sementara badan penyiaran awam Jepun, NHK mencipta hashtag ‘Pada malam 31 Ogos’ untuk menarik perhatian orang ramai terhadap isu itu.

Zoo Ueno di Tokyo memuat naik gambar tapir di Twitter dan berkata, kanak-kanak boleh melarikan diri daripada keadaan yang menakutkan, sama seperti haiwan yang berdepan bahaya.

“Jika tiada tempat berlindung, datanglah ke zoo,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia