Harian Metro

Mimi puji semangat ronaldo

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kalau diikutkan penyanyi kumpulan One Nation Emcees iaitu Mimi, banyak kelab bola sepak tempatan yang diminatiny­a tetapi lebih memilih Selangor.

Baginya, itu adalah negeri kelahiran dan tempatnya membesar, selain turut meminati Kedah iaitu negeri kelahiran ibunya termasuk Malaysia atau Harimau Malaya yang melambangk­an keberanian serta semangat membara.

“Walaupun tidak pernah bermain bola sepak sebab bersekolah di sekolah perempuan, tidak salah saya meminatiny­a dan menyokong pasukan kegemaran.

”Bola mampu menyatupad­ukan masyarakat dan dengan bersukan kita boleh belajar menepati masa, selain sihat tubuh badan.

”Selain itu, bersukan dapat membentuk disiplin diri dan menerap nilai murni seperti kesungguha­n, kerjasama dan semangat juang,” katanya yang pernah menjadi kapten hoki sekolahnya dan aktif bermain hoki sehingga mewakili daerah Petaling Jaya.

Mimi atau nama penuhnya, Shamimi

Amalina Norhisham, 31, berkata, pemain kelahiran Portugal yang tampan lagi bergaya bernama Cristiano Ronaldo sentiasa menjadi idola setiap peminat bola sepak.

Katanya, Ronaldo diminati sejak dia bersama kelab Manchester United lagi.

“Dia (Ronaldo) adalah penyerang versatil yang saya minat dengan cara permainan hebat yang sering ditampilka­n.

“Malah, dia bijak mencari peluang setiap kali mahu menyudahka­n gol. Rembatan Ronaldo juga sangat kuat sehingga mampu menendang bola dari jarak jauh untuk dihantar kepada rakan sepasukan,” katanya.

Sibuk dengan perancanga­n strategi promosi single terbaru One Nation Emcees berjudul Selamanya Sayang, kata Mimi, pemain berusia 31 tahun itu sudah mencuri perhatiann­ya walaupun dia sendiri jarang bermain sukan popular dunia itu.

“Bermain sebagai penyerang Real Madrid, Ronaldo adalah pemain berkaliber tinggi. Dia juga pemain bola sepak yang kreatif dan mempunyai pelbagai teknik sepakan.

“Sebab itu, dia sering berjaya menghasilk­an gol ketika mengambil sepakan penalti, selain jaringan dari jarak jauh.

“Selain itu, Ronaldo juga mampu mengawal bola dan membantu pertahanan pasukan daripada dibolosi lawan,” katanya sambil memberitah­u single terbaru kumpulanny­a hasil ciptaan Omar K dan Mimi serta diterbit oleh Nova Music.

Kata Mimi yang juga sibuk berlatih untuk mendapatka­n langkah tarian untuk single terbaru, menambah rasa minatnya terhadap Ronaldo adalah kecemerlan­gan dan kejayaan yang dikecapi sejak bergelar pemain bola sepak.

Tambahnya, penghargaa­n yang diterima Ronaldo itu adalah tanda dan bukti dia disanjungi serta diterima pengamal bola sepak di seluruh dunia.

“Pada usia muda,

Ronaldo sudah berjaya membuktika­n dia mampu bergelar pemain terbaik dunia dengan cara permainan yang dikagumi.

“Dia berjaya mendapat pelbagai gelaran sehingga disegani setiap kelab terbaik dunia. Ronaldo juga banyak membuat kerja amal yang membuktika­n dia sangat versatil,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia