Harian Metro

BELUM TERLAMBAT

Walaupun usia hampir setengah abad lelaki tak patah semangat mencari jodoh

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Walaupun bakal menginjak usia ke angka 50 tahun, ia sama sekali tidak mematahkan usaha seorang pemandu Uber untuk mencari jodoh dengan memanfaatk­an kemudahan media sosial.

Dia yang mahu dikenali sebagai Tun Haji Ibrahim, 49, mencuba nasib mencari pasangan hidup dengan mendaftark­an diri di laman mencari jodoh di Facebook sejak setahun lalu.

“Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk mencari jodoh kerana merasakan status kewangan ketika itu tidak mengizinka­n namun mengimpika­n insan yang mampu menjaga dan meluangkan masa bersama ketika hari tua kelak.

“Disebabkan itu, saya membuat keputusan mendaftar di laman cari jodoh bagi mencari wanita yang memenuhi ciri-ciri diingini untuk dijadikan sebagai isteri,” katanya yang menetap di Pinggiran Bukit Jalil, di sini.

“ Kalau boleh, saya mahu calon isteri yang tidak terlalu jauh perbezaan usia kerana tidak mahu dilabel sebagai mahu ‘pucuk muda’ saja”

Tun Haji Ibrahim

Tun Haji Ibrahim berkata, dia tidak meletakkan syarat tertentu dalam mencari calon isteri asalkan boleh menerima keadaan kehidupann­ya.

“Kalau boleh, saya mahu calon isteri yang tidak terlalu jauh perbezaan usia kerana tidak mahu dilabel sebagai mahu ‘pucuk muda’ saja kerana saya mahukan wanita yang boleh menjaga dan menemani saya sehingga akhir usia.

“Walaupun masih belum bertemu jodoh sehingga kini, namun saya tidak berputus asa. Pendaftara­n di laman mencari jodoh di Facebook adalah salah satu usaha saya ke arah mendapatka­n pasangan hidup,” katanya.

Sementara itu, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Nur Izzati Aziqah Idris, 24, mencari

 ??  ?? MAJLIS akad nikah Nur Sidah bersama pasanganny­a di Kuala Lumpur. MOHD Fairuz bersama isterinya, Azlina.
MAJLIS akad nikah Nur Sidah bersama pasanganny­a di Kuala Lumpur. MOHD Fairuz bersama isterinya, Azlina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia