Harian Metro

BAYI WECHAT

- Suraya Roslan dan Rizanizam Abd Hamid am@hmetro.com.my

>>81,000 anak tidak sah taraf beragama Islam didaftarka­n sehingga 2011  Empat remaja hamil anak tidak sah taraf akibat terlalu percaya lelaki dikenali di aplikasi perbualan telefon pintar

Kuala Lumpur

Terlalu mempercaya­i lelaki yang baru dikenali menerusi aplikasi WeChat memusnahka­n hidup empat remaja perempuan ini hingga melahirkan anak tidak sah taraf.

Mereka yang berusia 15 dan 16 tahun kini hamil antara lima ke sembilan bulan selepas dirogol pasangan masing-masing dengan tipu helah berbeza.

Bagi remaja ini yang dikenali sebagai Lia, 15, dia tidak menyangka perkenalan­nya dengan seorang lelaki membawa bahana ke dalam hidupnya apabila dirogol teman lelaki di sebuah taman rekreasi di Pulau Pinang.

“Saya mengenali teman lelaki dalam masa dua minggu melalui WeChat, sebelum saya meminta dia untuk menghantar ke rumah rakan.

“Bagaimanap­un, dia menukar fikiran dan membawa saya ke taman rekreasi dan memberi saya minum sesuatu sebelum pengsan. Sebaik tersedar, saya berada dalam kawasan semak samun dan terkejut sebaik dia mengaku merogol saya,” katanya kepada Harian Metro di sini.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, selepas kejadian itu lelaki berkenaan terus menghilang­kan diri dan tidak berhubung dengannya langsung.

“Saya disahkan hamil empat bulan dan terus membuat laporan polis. Nasib saya mengenali rumah keluarga lelaki berkenaan dan kini dia sudah ditahan polis,” katanya.

Pengalaman sama turut dikongsi remaja berusia 16 tahun ini dikenali sebagai May yang kini hamil lima bulan berikutan terlalu mempercaya­i teman lelaki dikenali menerusi WeChat.

“Selepas sebulan berkenalan menerusi aplikasi itu, kami berjumpa di sebuah pusat beli-belah sebelum dia mengajak saya pulang ke sebuah rumah rakannya.

“Dia memujuk saya mengadakan hubungan seks dan berjanji akan bertanggun­gjawab sekiranya berlaku perkara tidak diin- gini.

“Bagaimanap­un, selepas kami terlanjur dia terus menghilang­kan diri. Selepas kejadian itu, saya tidak datang bulan selama dua bulan sebelum dibawa ke klinik untuk membuat pemeriksaa­n dan terkejut sudah hamil lima bulan,” katanya yang kesal dengan kejadian itu.

Katanya, dia tidak tahu bagaimana boleh terpedaya dengan lelaki yang dikenali menerusi WeChat dan kini terpaksa menanggung aib sendirian berikutan ‘jantan’ berkenaan enggan bertanggun­gjawab.

Bagi Fifi, remaja berusia 16 tahun ini tidak menyangka ajakan teman lelaki yang dikenali menerusi WeChat untuk bermalam di sebuah hotel memusnahka­n masa depannya apabila kini hamil sembilan bulan.

“Satu malam saya pulang lambat dan teman lelaki yang baru dikenali tiga minggu memujuk saya melakukan hubungan seks.

 ??  ?? REMAJA yang dinodai pasangan masing-masing sehingga lahir anak tak sah taraf.
REMAJA yang dinodai pasangan masing-masing sehingga lahir anak tak sah taraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia