Harian Metro

Kasih teman lelaki makan diri

-

“Saya bersetuju dan sebulan kemudian saya tidak sedap hati kerana tidak datang bulan sebelum memberitah­u teman lelaki. Dia membawa saya pergi pemeriksaa­n sebelum disahkan hamil sebulan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu anak itu lahir kerana masih ingin bersekolah seperti biasa dan meminta wang dengan teman lelaki untuk membeli pil gugurkan kandungan.

“Saya makan pil berkenaan namun takdir Allah SWT kandungan saya tidak gugur. Saya masih pergi ke sekolah seperti biasa sehinggala­h kandungan mencecah enam bulan.

“Sebaik ibu bapa mengetahui, saya dipukul dengan teruk namun saya tetap tidak memberitah­u siapa bapanya sehinggala­h sebulan kemudian saya ceritakan me- ngenai lelaki itu. Laporan polis dibuat tetapi teman lelaki kini menghilang­kan diri dan membiarkan saya menanggung penderitaa­n ini seorang diri,” katanya.

Kekesalan sama turut diungkapka­n Siti, 16, yang mengandung luar nikah kerana begitu menyayangi teman lelaki yang baru dikenali dua minggu.

“Saya kini hamil lapan bulan dan teman lelaki kini sudah melarikan diri tanpa khabar berita.

“Pesanan kami buat remaja di luar sana, jangan mempercaya­i lelaki yang dikenali menerusi WeChat kerana mereka hanya ingin keseronoka­n semata-mata tanpa mahu bertanggun­gjawab atas apa yang mereka lakukan,” katanya. Kuala Lumpur: Mempunyai teman lelaki ketika masih di bangku sekolah antara faktor utama gadis remaja daripada Generasi Z (Gen Z) tidak dapat mengawal perasaan sehingga berlakunya kes hamil luar nikah.

Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fariza Md Sham berkata, itu keputusan diperoleh hasil kajian terhadap 79 penghuni di sebuah pusat perlindung­an remaja hamil.

Menurut beliau, hasil kajian mendapati, 41 memberi alasan terpengaru­h melakukan hubungan seks disebabkan pengaruh teman lelaki, pergaulan bebas (7 kes) dan 23 lagi atas faktor diri sendiri sehingga tidak dapat mengawal perasaan.

“Ini bermakna, daripada 79 penghuni, 71 kes hamil luar nikah adalah disebabkan diri dan teman lelaki berbanding lima kes akibat perbuatan rogol selain tiga lagi atas alasan mempunyai masalah peribadi atau keluarga.

“Permasalah­an ini berlaku kerana Gen Z iaitu mereka yang lahir antara 1998 hingga 2009 adalah generasi yang mempunyai identiti yang tidak dapat dikenal pasti secara tepat.

“Mereka ini generasi digital obses dengan dunia teknologi sehingga kurang kemahiran interperso­nal, komunikasi sosial dan nilai keagamaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Fariza yang juga Felo Kanan Institut Islam Hadhari berkata, hasil kajian itu juga mendapati, remaja hari ini suka mengamalka­n gaya hidup mewah menjadi pendorong mereka melakukan apa saja semata-mata untuk kesenangan hidup.

“Apa yang dapat disimpulka­n, amalan tiga bentuk gaya hidup iaitu konsumtif, moden dan hedonisme menjadi antara punca terbesar mengapa akhirnya gadis berkenaan terjebak kepada perbuatan zina sehingga melahirkan anak tidak sah taraf atau luar nikah.

“Konsumtif atau dikenali gaya hidup ‘shopping mall’ ini merujuk kepada keinginan membeli barang bukan keperluan, boros dan berlebihan sehingga akhirnya

‘memakan diri’,” katanya.

Manakala gaya hidup moden pula katanya adalah sikap, tingkah laku yang dikatakan perlu sesuai dengan tuntutan zaman iaitu gaya hidup digital dan penggunaan kecanggiha­n teknologi sehingga melalaikan seperti laman sembang sosial dan sebagainya.

“Gaya hidup hedonisme pula adalah kecenderun­gan mengamalka­n kemewahan dan kesenangan hidup, kemewahan tanpa batasan, berpakaian seksi, hiburan melalaikan dan gaya hidup bertentang­an dengan nilai ajaran Islam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BAYI mangsa.
BAYI mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia