Harian Metro

Tak sempat melaram motor curi

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hemtro.com.my

 Orang awam cemas lihat sang bedal sesat berkeliara­n depan rumah kedai

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang terpaksa bertungkus-lumus selama 35 minit untuk menangkap seekor buaya yang memasuki kawasan pekan ini berdekatan Westlake Centre, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, buaya sepanjang lima meter dengan berat satu tan itu dipercayai tersesat dari Sungai Limbang dan dilihat berkeliara­n di hadapan sebuah rumah kedai di lokasi terbabit mengakibat­kan orang awam cemas.

Ketua Operasi BPP Limbang Mohd Ali Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan buaya itu daripada orang awam pada jam 7.36 pagi.

Menurutnya, anggota BBP Limbang dikerahkan ke lokasi untuk menangkap buaya yang berlegar di sebuah kedai tayar di kawasan itu.

“Buaya berkenaan dalam keadaan agresif dan kami terpaksa menangkapn­ya menggunaka­n tali.

“Kami mengambil masa 35 minit dengan kekuatan lapan anggota untuk menangkap buaya berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Ali berkata, sebaik ditangkap, buaya berkenaan diangkat menggunaka­n forklif sebelum dipindahka­n ke dalam lori bomba.

“Ketika operasi menangkap buaya itu, kami turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Limbang.

“Buaya berkenaan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menangkap buaya sepanjang lima meter selepas bergelut 35 minit.
ANGGOTA bomba menangkap buaya sepanjang lima meter selepas bergelut 35 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia