Harian Metro

Lembu ‘mandi’ perigi

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Bomba ambil masa 20 minit selamat haiwan terperangk­ap

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak mengambil masa kira-kira 20 minit bagi menyelamat­kan lembu betina yang terperangk­ap dalam perigi di Kampung Seberang Gajah, di sini, semalam.

Ketua Operasi, Malley Salim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.05 petang mengenai haiwan itu yang dipercayai terjatuh ke dalam perigi di kandang ternakan lembu itu.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, lembu itu terperangk­ap dalam pergi dengan kedalaman melebihi dua meter.

“Perigi ini dalam, tetapi kami percaya lembu berkenaan tersekat pada kedalaman kira-kira 0.9 meter mengikut kepada ketinggian batu-bata yang didirikan bagi meninggika­n tebing perigi itu.

“Kami terpaksa memecahkan batu-bata terlebih dulu bagi membolehka­n lembu berkenaan berada pada paras yang hampir dengan tanah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, seorang anggota bomba kemudian turun ke dalam perigi berkenaan bagi mengikat tali pada haiwan itu sebelum anggota lain menarik tali untuk menaikkan lembu terbabit.

Katanya, lembu betina itu dipercayai terjatuh ke dalam perigi yang terdapat dalam kandang itu akibat tidak bertutup.

“Perigi ini memang ditempatka­n di dalam kandang untuk kegunaan pemilik sekiranya ketiadaan air. Mungkin lembu ini pergi ke perigi itu untuk minum air namun akibat tidak bertutup, ia dipercayai terjatuh ke dalamnya,” katanya.

Katanya, operasi dengan kekuatan lapan anggota ditamatkan jam 3.15 petang.

 ?? Malley Salim ?? Kami percaya lembu itu tersekat pada kedalaman kira-kira
0.9 meter mengikut ketinggian batu-bata yang didirikan bagi meninggika­n tebing perigi itu.”
ANGGOTA bomba turun ke dalam perigi bagi mengikat lembu yang terperangk­ap, semalam.
Malley Salim Kami percaya lembu itu tersekat pada kedalaman kira-kira 0.9 meter mengikut ketinggian batu-bata yang didirikan bagi meninggika­n tebing perigi itu.” ANGGOTA bomba turun ke dalam perigi bagi mengikat lembu yang terperangk­ap, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia