Harian Metro

Hafiz tak berubah

- Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

 Pelari terpantas Asia Tenggara tetap jaga persahabat­an meskipun kini bergelar ‘superstar’

Memegang gelaran pelari terpantas Asia Tenggara langsung tidak mengubah keperibadi­an dan sikap rendah diri Khairul Hafiz Jantan sebaliknya masih seperti dirinya yang sebelumnya.

Itu diakui tiga rakan karibnya iaitu Mohd Zaid Abu Zahar, Mohd Quaid Mustapa dan Mohd Danial Mohd Yazidi, yang berusia 19 tahun.

Menurut Mohd Zaid, selepas bergelar wira negara dan kini pelari terpantas Asia Tenggara, keperibadi­an Khairul Hafiz tetap sama selain hubungan mereka berempat masih akrab, malah walaupun dia sibuk dengan latihan, mereka sering bertanya khabar antara satu sama lain.

Katanya, apabila pulang ke rumahnya di Melaka, Khairul Hafiz sering menghubung­i mereka bertanya khabar, jika berkesempa­tan dan dia tidak bekerja mereka meluangkan masa keluar minum bersama.

“Hubungan kami akrab berikutan sering berhubung menerusi aplikasi media sosial whatsApp dengan rakan lama dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru .

“Kami satu sekolah dengan Hafiz dari tingkatan satu hingga tiga sebelum dia meneruskan pembelajar­annya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota berikutan kecemerlan­gan dalam acara 100 meter mewakili sekolah kami sebelum itu,” katanya ketika ditemui di rumah atlet itu selepas mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan meraih emas Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur, di Bukit Katil, di sini, semalam.

Mohd Quaid pula berkata, Hafiz memang pelari pantas dan laju sehingga boleh menewaskan pelari berkaliber yang lain walaupun masa itu dia hanya aktif dalam sukan bola sepak sebagai pemain pertahanan.

Katanya, Hafiz pada awalnya serba salah memilih bola sepak atau larian sebagai kerjaya sukannya namun dia membuat pilihan tepat dengan menyertai acara pecut.

“Banyak kenangan bersama Hafiz dan rakan sepanjang zaman persekolah­an termasuk melepak di kedai makan ibunya sebaik tamat waktu persekolah­an,” katanya.

Sementara itu, bagi Khairul Hafiz, kenangan bersama rakan lamanya sentiasa dalam ingatannya termasuk ketika bergotong- royong menyertai aktiviti di Rumah Seri Kenangan Cheng membabitka­n warga emas di kawasan itu.

“Sokongan rakan kepadanya sepanjang membabitka­n diri dalam sukan berkenaan menyuntik semangatny­a untuk aktif dan berazam melakar kejayaan lebih besar.

“Kenduri kesyukuran dan doa selamat ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan yang diperoleh dalam sukan selain menghargai sokongan jurulatih, guru, rakan, keluarga dan penduduk,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL Hafiz diangkat rakan (dari kiri) Zaid, Quaid dan Danial pada majlis kesyukuran di rumahnya.
KHAIRUL Hafiz diangkat rakan (dari kiri) Zaid, Quaid dan Danial pada majlis kesyukuran di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia