Harian Metro

Lanjut tempoh tutup jambatan

-

Penutupan Jambatan Sultan Yusuf atau lebih dikenali sebagai Jambatan Batu 5 yang menghubung­kan Teluk Intan dan Sitiawan di Kilometer 8, Jalan Maharajale­la, di sini, dilanjutka­n empat bulan lagi berikutan kerosakan serius yang boleh menjejaska­n keselamata­n pengguna jambatan berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, penutupan jambatan bermula 11 Ogos lalu masih diteruskan membolehka­n kerja memperkuku­hkan jambatan dijalankan.

“Pelanjutan tempoh ini diperlukan kerana selepas melaksanak­an kerja penyelengg­araan termasuk penilaian ke atas struktur jambatan, struktur satu bahagian jambatan perlu diperkukuh­kan bagi keselamata­n pengguna jalan raya,” katanya.

Menurutnya, susulan itu pengguna jalan raya diminta menggunaka­n laluan alternatif ke Manjung/Sitiawan dan ke Teluk Intan/Sabak Bernam mengikut papan tanda arah dipasang pihak berkuasa.

“Pengguna Lebuhraya

Utara Selatan (PLUS) dari selatan pula boleh menggunaka­n laluan susur keluar tol Simpang

Pulai-Batu Gajah-Bot, manakala pengguna dari utara boleh menggunaka­n laluan susur keluar Ipoh Utara-Jelapang-Pusing-Bota,” katanya.

Zainol Fadzi berkata, meminta orang ramai mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamata­n yang disediakan Jabatan

Kerja Raya (JKR).

Jambatan itu sebelum ini dijadualka­n ditutup bermula 11 Ogos hingga 28 Ogos lalu memberi laluan kerja penyelengg­araan jambatan JKR dan kontraktor namun penutupann­ya dilanjutka­n bagi membolehka­n kerja baik pulih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia