Harian Metro

PERCUBAAN KEDUA JADI

-

 Lapan pendaki berjaya tawan puncak Elbrus selepas meredah ribut salji dan angin kencang

Dalam kekalutan pelbagai pihak untuk membawa pelancong keluar dari kawasan terjejas, awal pagi semalam, enam pendaki pasukan Kembara Srikandi Prihatin (KSP) memulakan cubaan kedua menakluk puncak Elbrus setinggi 5,642 meter bersama 10 lagi pendaki daripada pasukan ONE yang juga peserta program Negaraku, inisiatif di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Alhamdulil­lah, dalam percubaan itu, Pengarah Program KSP, Ummu Farah Haidar Zulkifli dan tujuh lagi pendaki dari Kumpulan ONE berjaya sampai ke puncak selepas meredah ribut salji dan angin kencang.

Manakala pada ketinggian 5,000 meter (m), lapan lagi pendaki termasuk penulis diarahkan berpatah balik ke kem Barrels Hut kerana pelbagai masalah kesihatan termasuk di tangan ekoran suhu melampau iaitu -15 darjah Celsius.

Semua pendaki turun berperingk­at ke Barrels Hut dan kumpulan terakhir tiba jam 4.30 petang.

Ketika itu, Ketua Ekspedisi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kembara Negara (PKN) Ahmad Fakhri Abu Samah memaklumka­n sebuah trak askar akan digunakan untuk membawa kami keluar dari Barrels Hut (3,900m) ke kaki pergununga­n (Azau).

Kami segera mengemaska­n barang dan menaiki trak yang disediakan.

Kami 16 orang terpaksa berhimpit kerana trak itu jugalah yang membawa barang-barang pendaki turun.

Perjalanan hampir dua jam melalui lereng bukit yang berbatu dirasakan begitu menakutkan kerana trak berkenaan tiada papan penghadang yang sempurna dan jika pemandu tersalah belok, kami semua terjatuh begitu saja.

Alhamdulil­lah, jam 7.15 malam kami selamat tiba di Azau dan van tersedia menanti untuk membawa rombongan pendaki ke hotel penginapan.

Begitupun, masalah lain menanti apabila hotel berkenaan masih tiada bekalan gas (untuk pemanas dan memanaskan air) menyebabka­n kami terpaksa mandi kerbau untuk membersihk­an

 ??  ?? PENDAKI berehat selepas diselamatk­an dengan bantuan helikopter.
Gunung Elbrus Jalur Gemilang di puncak
UMMU Farah mengibarka­n
ribut salji. selepas berjaya menempuh SEBAHAGIAN pendaki dibawa turun menggunaka­n bantuan helikopter.
PENDAKI berehat selepas diselamatk­an dengan bantuan helikopter. Gunung Elbrus Jalur Gemilang di puncak UMMU Farah mengibarka­n ribut salji. selepas berjaya menempuh SEBAHAGIAN pendaki dibawa turun menggunaka­n bantuan helikopter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia