Harian Metro

‘Tersalah rumah’

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 Dua daripada empat lelaki bakar trak tunda ditahan

di rumah berkenaan.

Sumber berkata, beberapa lelaki bersenjata­kan parang yang menaiki dua motosikal kemudian bertindak memecahkan semua cermin tiga kenderaan milik mangsa iaitu Perodua Kancil, Proton Satria dan Persona, selain satu trak penunda.

“Mereka (suspek) kemudian membakar trak itu menggunaka­n petrol yang mengakibat­kan kerosakan teruk terutama di bahagian enjin.

“Selain itu, mereka bertindak memecahkan beberapa cermin rumah mangsa dan menetak jeriji besi rumah lalu melarikan diri,” katanya, semalam.

Kata sumber itu, mangsa bersama penduduk mengejar kumpulan suspek sebelum berjaya menahan dua daripada mereka berusia 30-an.

“Dua suspek yang mendakwa kononnya tersalah rumah kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya memaklumka­n nilai kerugian mangsa dianggarka­n hampir RM35,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.11 pagi.

“Kebakaran membabitka­n 50 peratus di bahagian depan trak penunda berkenaan dan operasi ditamatkan pada jam 3.41 pagi.

“Kita turut menemui satu bekas berisi petrol di dalam bahagian depan trak itu,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara ketika dihubungi mengesahka­n penahanan dua suspek bagi membantu siasatan yang masih sedang dijalankan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran trak tunda di Jalan Labis, semalam.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran trak tunda di Jalan Labis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia