Harian Metro

3 bulan belajar bahasa Melayu

-

 Pemuda Palestin menuntut ilmu di KL fasih dalam lima bahasa kerja dalam bidang pelanconga­n

“Saya kerja di bidang pelanconga­n jadi saya perlu belajar pelbagai bahasa,” kata Ahmad Kasem, 23.

Pemuda berasal dari Walajah di sini itu boleh berbahasa Melayu, Mandarin, Inggeris selain Arab dan Hebrew.

Melihatnya rancak bersembang dengan Pengasas dan Pengerusi Yayasan Al Amin, Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin atau Ustaz Amin dalam bahasa Melayu, wartawan kemudian mendekatin­ya untuk mendapatka­n maklumat.

Menurutnya, dia belajar kursus Bahasa Melayu di sebuah kolej berhampira­n bangunan berkembar Petronas KLCC di Kuala Lumpur.

“Saya mengambil kursus jangka pendek dalam pengajian Bahasa Melayu.

“Selama tiga bulan di Kuala Lumpur saya praktikkan dengan bersungguh-sungguh bahasa Melayu dengan rakan dan masyarakat di sana termasuk ketika jual beli.

“Apabila pulang ke Baitulmaqd­is, saya lebih gemar berbahasa Melayu dengan rombongan ziarah dari Malaysia atau negara jirannya yang bertutur dalam bahasa sama,” katanya.

Beliau kini bekerja di syarikat milik ayahnya Tamara Tours & Travel yang turut melancarka­n perjalanan rombongan ziarah Masjid Al-Aqsa anjuran Yayasan Al Amin kendalian ALCC Al Amin Travel Sdn Bhd menerusi kerjasama strategik kedua-dua pihak.

Yayasan Al Amin turut membawa sumbangan untuk Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin secara berterusan.

Orang ramai boleh menyalurka­n sumbangan menerusi akaun Maybank 5622 7260 3690 (Yayasan Al Amin).

Maklumkan sumbangan menerusi e-mel kepada yayasanala­min76@gmail.com atau hubungi pejabat yayasan di talian 03-55232296.

Ditanya mengenai peluang pendidikan penduduk Palestin di tanah air sendiri, Ahmad berkata mereka didikrimin­asi.

“Kos pengajian tinggi di sini dan memang sukar untuk ke universiti.

“Kami orang Arab kena belajar silibus Yahudi untuk peperiksaa­n khas sebelum diterima masuk ke universiti.

“Sebab itu kami belajar di luar negara termasuk ke Malaysia yang menawarkan pendidikan berkualiti dengan kos murah,” katanya.

Beliau berharap ilmu yang diperoleh selain pengalaman melihat kemakmuran Malaysia boleh dimanfaatk­an di bumi barakah ini.

 ??  ?? KANAK-kanak Palestin di luar sebuah sekolah di Hebron.
KANAK-kanak Palestin di luar sebuah sekolah di Hebron.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia