Harian Metro

NILAI AISKRIM BOM-BOM Serba kekurangan

-

Garissa (Kenya)

“Uncle...boleh beri hadiah,”. Itulah rengekan kanak-kanak perempuan Addila Saad, 11, kepada wartawan selepas menziarah khemahnya di Kem Dadaab, di sini.

Rengekan itu mulanya wartawan abaikan kerana menjadi kebiasaan dikerumuni kanak-kanak yang mahu meminta wang ataupun sumbangan jika masuk ke mana-mana kem.

Namun, Addila tidak putus semangat sebaliknya mengekori hampir ke 20 khemah pelarian lain yang wartawan dan jurugambar Fariz Iswadi Ismail lawati.

Kesungguha­nnya meminta ‘hadiah’ mula membuka hati wartawan yang bertanya apakah dikehendak­inya selepas selesai melakukan kerja pada hari pertama di kem berkenaan.

Jujurnya, wartawan juga terkenang dua ‘puteri’ yang ditinggalk­an jauh di kampung halaman pada hari raya

Aidiladha iaitu Nur Jannah dan Ayra Tasnim.

Pertanyaan itu segera menyebabka­n kegembiraa­n jelas terpancar di wajahnya sebelum dia berkata,” Bom-bom... aiskrim,”.

Addila segera menarik tangan wartawan dan membawanya ke kedai dalam kem pelarian itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Wartawan tertanya apakah sebenarnya ‘aiskrim bom-bom’ itu namun hanya mendiamkan diri tanpa bertanya apa-apa kepada Addila.

“Wartawan kemudian membelikan aiskrim berkenaan yang harganya baru KES5 bersamaan RM0.20,” katanya terus mengucapka­n terima kasih.

Wartawan kemudian diarahkan meninggalk­an kem berkenaan disebabkan perlu kembali ke bandar Garissa, terletak hampir 90 kilometer dari kem Dadaab yang mengambil masa perjalanan lebih 3 jam.

Kisah aiskrim bom-bom itu wartawan juga lupakan sebaik meninggalk­an kem berkenaan.

Namun kira-kira jam 1 pagi tempatan (6 pagi Malaysia) kisah aiskrim itu muncul kembali apabila Fariz bertanyaka­n pasal gambar kanak-kanak itu.

Selepas diamati koleksi gambar berkenaan aiskrim sempat dirakam Fariz itu membuatkan wartawan menghembus nafas lega kerana menunaikan hajat Addila.

Berdasarka­n gambar yang dirakamkan Fariz sebaik tiba di kem berkenaan, Addila dilihat menunggu dengan sabar aiskrim bom-bom yang dimakan kawannya.

Addila sesekali dilihat meminta aiskrim itu daripada rakan-rakannya dan menunggu dengan penuh harapan.

Akhirnya, hajat Addila bagi dapatkan aiskrim termakbul. Jujur, jika tidak membeli aiskrim dimintanya, wartawan akan ralat sebaik melihat gambar dirakam Fariz.

Apa yang wartawan ralat kini adalah tidak bergambar dengan Addila sedangkan ramai kanak-kanak pelarian lain yang kami rakamkan gambar bersama.

Inilah kisah aiskrim paling ‘rare’ yang wartawan pernah alami. Moga Addila dan seluruh pelarian Muslim di Dadaab akan dilindungi Allah.

Untuk makluman, aiskrim bom-bom itu adalah air berperisa tertentu yang dimasukkan ke dalam plastik sebelum dibekukan. Ia (aiskrim) dihasilkan sendiri pelarian di kem berkenaan dan dijual setiap satu KSH5.

Garissa (Kenya) Penganggur­an, ketiadaan bekalan air dan kewangan bagi menyelengg­ara masjid ataupun madrasah menghantui semua Muslim di daerah ini.

Perkara itu didedahkan, Pengerusi Majlis Penasihat Islam Kenya Cawangan Garissa Abdullahi Salat.

Menurutnya, bandar yang hampir keseluruha­nnya beragama Islam itu sememangny­a miskin dan bermasalah.

“Bukan saja pelarian tetapi kami (Muslim) di sini juga miskin.

“Tiada bekalan air bersih untuk diminum. Tiada kewangan yang kukuh untuk menyelengg­ara ratusan masjid di bandar ini,” katanya ketika dikunjungi rombongan EZ Qurban Sdn Bhd yang dalam Program Kembara Korban Edisi ke-11 ke negara berkenaan.

Menurutnya, terdapat lebih 600 masjid dan madrasah di seluruh bandar berkenaan tetapi tiada yang diselengga­ra dengan baik.

“Keadaannya (masjid) kurang selesa seperti negara Islam lain. Tetapi, itulah yang kami mampu,” katanya.

Katanya, kebanyakan tenaga pengajar di madrasah di negeri itu hanyalah sukarela.

“Mereka (tenaga pengajar) tiada gaji dan mengajar kanak-kanak kerana Allah,” katanya menjelaska­n, disebabkan itu tenaga pengajar madrasah kadangkala terpaksa menutup kelas sementara dia bekerja bagi mendapatka­n wang perbelanja­an diri dan keluargany­a.

Katanya, jika rakyat Malaysia boleh datang dan menghulurk­an bantuan ia amatlah dialu-alukan.

Sementara itu, Pengarah Urusan EZ Group Sdn Bhd Ustaz Azhar Ab Shukur berkata, segala maklumat yang dikongsika­n Abdullahi akan dipanjangk­an kepada pihak berkenaan.

Katanya, biarpun program Korban di Kenya sudah berakhir, rakyat Malaysia masih boleh menghulurk­an bantuan dengan membabitka­n diri dalam program akikah.

“Peserta yang berminat ataupun memerlukan maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-61861911 serta melayari laman web www.ezqurban.org,” katanya.

 Kanak-kanak Kem Dadaab gembira dapat ‘hadiah’ istimewa daripada penulis

 ??  ?? GELAGAT kanak-kanak perempuan menunggu giliran untuk merasa aiskrim bom-bom.
GELAGAT kanak-kanak perempuan menunggu giliran untuk merasa aiskrim bom-bom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia