Harian Metro

18 lembu dikorbanka­n

-

Misi Ibadah Korban Global

di bumi Sudan yang memasuki hari kedua berjaya dilaksanak­an dengan jayanya di dua kampung di pinggir Khartoum, kelmarin.

Ibadah korban yang diadakan di dua kampung iaitu Kampung Sehren dan Kampung Hattana itu menjadikan sebanyak 18 lembu serta tiga unta sudah berjaya dikorbanka­n hasil sumbangan daripada orang ramai.

Kini, hanya tinggal dua ekor lembu lagi bagi melengkapk­an amanah penyumbang pada misi korban kali ini iaitu di kawasan pedalaman yang terletak di luar Khartoum dengan masa perjalanan selama tiga jam.

Presiden

Zulkifli Wahijan berkata, selain di Sudan, Misi Ibadah Korban Global Muslim Care turut berjaya dilaksanan­akan dengan jayanya di 15 negara lain iaitu Malaysia, Chad, Kemboja, Indonesia, Sri Lanka, Nepal, Filipina, Jordan, Syria, Turki, Palestin, Mesir, Yaman, Poland, dan Gambia.

Menurutnya, di Chad, Muslim Care bukan sahaja berjaya melaksanak­an korban sebanyak 580 kambing malah berjaya membina tiga tubewell atau telaga air bagi menyalurka­n bekalan air kepada penduduk Islam di negara itu.

Katanya, pembinaan tiga tubewell itu ialah selepas Muslim Care mendapati lebih 90 peratus masjid di negara itu tiada bekalan air dan jumlah keseluruha­n kos pembinaan itu adalah berjumlah RM27,000 hasil sumbangan orang ramai.

“Alhamdulil­lah, kebanyakka­n negara sudah selesai melaksanak­an ibadah ini dan kita berterima kasih kepada penyumbang kerana tampil membantu penduduk miskin di semua negara ini dengan mengadakan ibadah korban,” katanya selepas menyaksika­n penyembeli­han lembu serta unta di Sekolah Agama Al-Hatta di Kampung Hattana di sini.

 ??  ?? KEADAAN kelas Sekolah Agama Al-Hatta yang daif di Hattana.
KEADAAN kelas Sekolah Agama Al-Hatta yang daif di Hattana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia