Harian Metro

DAIF TIMBA ILMU

-

 Prasarana Sekolah Agama Al-Hatta usang berikutan tidak dapat bantuan mana-mana pihak

Khartoum

Mejanya berlekuk, bumbung bocor serta kebanyakan tingkap pecah. Itu tahap kedaifan Sekolah Agama Al-Hatta di Kampung Hattana di sini yang menjadi pusat sumber ilmu utama kanak-kanak di kampung berkenaan.

Menempatka­n kira-kira 80 hingga 100 pelajar bermula daripada umur enam hingga 12 tahun, sekolah agama itu mula dibuka sejak 10 tahun lalu bertujuan melahirkan generasi pewaris bangsa yang celik ilmu.

Namun disebabkan tidak mendapat bantuan mana-mana pihak menyebabka­n pengurusan sekolah agama itu terpaksa bergantung hanya dengan bayaran bulanan daripada ibu bapa pelajar.

Disebabkan itu, kemudahann­ya yang uzur tidak dapat diganti dan pengurusan sekolah itu terpaksa menggunaka­n fasiliti sedia ada sehingga adakalanya pelajar terpaksa belajar di dalam keadaan kelas dipenuhi air akibat hujan.

Walaupun dalam serba kekurangan, kira-kira 13 tenaga pengajar di sekolah itu tidak berasa kekok untuk terus mencurahka­n ilmu dan antara subjek yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Matematik.

Pengurusny­a, Najmudden Yusof berkata, sekolah itu kurang menerima bantuan daripada mana-mana individu mungkin disebabkan lokasinya yang agak jauh di dalam kawasan perkampung­an.

Katanya, pihak pengurusan sekolah bagaimanap­un tidak berasa sedih walaupun tidak menerima bantuan kerana matlamat mereka untuk mendidik pewaris bangsa harus diteruskan dalam apa juga keadaan.

“Biar terpaksa belajar di atas lantai sekalipun kami tetap akan membuka kelas di sekolah ini kerana niat kami hanya satu iaitu mengajar anak-anak kami tentang ilmu agama dan dunia sekali gus menjadikan mereka golongan terpelajar.

“Ibu bapa yang menghantar anak mereka juga tidak kisah dengan keadaan sekolah ini kerana mereka juga daripada keluarga miskin dan hanya berharap kepada anak-anak mereka untuk mengubah masa depan keluarga,” katanya yang ditemui selepas Misi Ibadah Korban Global

di sekolah agama itu. Seekor lembu dan seekor unta dikorbanka­n oleh Muslim Care di sekolah itu hasil sumbangan orang ramai sebelum daging berkenaan diagihkan kepada penduduk kampung berkenaan.

Ketika program korban dijalankan, tiada pelajar di sekolah itu disebabkan mereka diberikan cuti selama tiga hari sempena sambutan Aidiladha bermula Jumaat lalu.

Menceritak­an lagi mengenai kesusahan pihak pengurusan dalam menguruska­n sekolah agama itu, Najmudden berkata, beberapa barangan berharga antaranya pendingin hawa, kerusi serta meja baru saja hilang selepas dipecah masuk pencuri.

“Sudahlah kami berada dalam keadaan daif, kini ditambah pula dengan berlakunya kecurian menjadikan sekolah ini semakin daif namun pelajaran harus terus diberikan kepada kanak-kanak di kampung ini walau apapun berlaku.

“Kami berharap akan ada pihak yang membantu kami bagi membolehka­n sekolah ini dapat diteruskan, sekali gus memberikan sinar dalam kehidupan kanak-kanak di kampung ini,” katanya.

 ??  ?? NAJMUDDEN membuat persediaan untuk memulakan pembelajar­an.
NAJMUDDEN membuat persediaan untuk memulakan pembelajar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia