Harian Metro

Tuduhan tak benar

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

 Premis tak jual daging babi seperti viral dalam laman sosial

Sebuah premis menjual daging sejuk beku di daerah ini dikecam sebaik dituduh menjual daging babi namun pemeriksaa­n dijalankan mendapati ia tidak berasas.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Negeri Sembilan, Saifulbahr­i Abdul Kadir berkata, tuduhan itu tersebar di Facebook Khamis lalu.

Beliau berkata, pihaknya membuat pemeriksaa­n 12 tengah hari kelmarin dan ternyata viral itu tidak benar.

“Pada pemeriksaa­n itu, daging didakwa babi sebenarnya daging kambing lapah sejuk beku diimport dari New Zealand. Ia disembelih di rumah penyembeli­han diiktiraf pihak yang menguruska­n pensijilan halal di negara itu,” katanya.

Saifulbahr­i berkata, pemeriksaa­n lanjut tiada makanan itu. “Kami menasihatk­an orang ramai jangan menyebarka­n maklumat tidak tepat di laman sosial. Jika ada keraguan, salurkan aduan rasmi kepada KPDNKK bagi membolehka­n pemeriksaa­n segera,” katanya.

Sementara itu pemantauan Harian Metro di laman Facebook Den Orang Tampin, orang ramai diminta berhenti membeli daging di premis itu yang didakwa tidak mengasingk­an daging babi daripada daging ayam dan lembu.

Selain itu tersebar laporan polis dibuat seorang lelaki yang mendakwa melihat pekerja premis memikul bungkusan daging dipercayai babi daripada peti sejuk.

 ??  ?? PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK membuat pemeriksaa­n di premis jual daging beku di Tampin, semalam. MAKLUMAT pada kertas yang dikepilkan pada daging kambing itu tertera perkataan halal.
PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK membuat pemeriksaa­n di premis jual daging beku di Tampin, semalam. MAKLUMAT pada kertas yang dikepilkan pada daging kambing itu tertera perkataan halal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia