Harian Metro

EKSPRES SELUDUP TENGGILING

 Kurang lima jam hantar dari Indonesia ke sempadan Thailand

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Selain haiwan itu, sindiket biasanya aktif menyeludup ular dan kura-kura berikutan musim sejuk yang akan tiba di China. Daging haiwan eksotik ini didakwa mampu memanaskan badan ketika musim sejuk”

Abdul Kadir Abu Hashim

Kuala Lumpur

Kurang lima jam diperlukan. Itu masa diambil sindiket penyeludup­an haiwan liar dilindungi untuk melakukan penghantar­an ‘ekspres’ haiwan diseludup dari Indonesia ke sempadan Thailand.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjun­g Malaysia (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, susulan rampasan 136 ekor tenggiling dan 450 kilogram (kg) sisik haiwan itu oleh pihak berkuasa Thailand pada Khamis lalu.

Pihak berkuasa Thailand percaya semua hidupan liar itu diseludup masuk oleh sindiket dari Malaysia.

Abdul Kadir berkata, permintaan tinggi terhadap daging haiwan eksotik terutama oleh pembeli di China dan Laos menyebabka­n haiwan itu semakin kerap diseludup ke negara berkenaan.

“Malaysia dijadikan transit sementara bagi memunggah haiwan liar yang diseludup dari Indonesia melalui pangkalan haram di beberapa lokasi di

Melaka dan Johor.

“Sebaik tiba di sini, ‘orang tengah’ di kalangan warga tempatan akan memainkan peranan memunggah segera haiwan berkenaan ke dalam kenderaan sebelum memecut ke arah pintu sempadan di utara tanah air,” katanya.

Dia berkata, siasatan pihaknya sebelum ini mendapati kebanyakan tenggiling yang diseludup ke Thailand itu berasal dari negara jiran yang bukannya ditangkap dari hutan di negara ini.

“Jika 100 ekor tenggiling diseludup ke Thailand, mungkin hanya beberapa ekor saya yang berasal dari Malaysia. Begitu juga dengan sisik haiwan itu.

“Selain haiwan itu, sindiket biasanya aktif menyeludup ular dan kura-kura berikutan musim sejuk yang akan tiba di China. Daging haiwan eksotik ini didakwa mampu memanaskan badan ketika musim sejuk,” katanya.

Beliau berkata, kepercayaa­n tahyul kononnya daging dan sisik haiwan tertentu yang boleh memanjangk­an usia selain menyembuhk­an pelbagai penyakit menjadi punca aktiviti haram ini terus berlaku.

“Pihak Perhilitan kini terus meningkatk­an risikan dan operasi bagi membendung kegiatan penyeludup­an haiwan berkenaan.

“Kami sudah kenal pasti beberapa penyeludup utama dan pergerakan mereka sentiasa diawasi,” katanya.

Mei lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan penyeludup­an 712 kilogram (kg) sisik tenggiling bernilai RM9.18 juta dalam dua kes berasingan.

Ini diikuti rampasan kira-kira 8,000 kilogram sisik tenggiling yang dianggarka­n bernilai RM100 juta oleh JKDM dipercayai untuk dieksport ke luar negara di Kota Kinabalu, Sabah, pada 11 Ogos lalu.

 ??  ??
 ??  ?? SEBUAH daripada dua kenderan yang ditahan kastam Thailand.
SEBUAH daripada dua kenderan yang ditahan kastam Thailand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia