Harian Metro

Daging, sisik tenggiling komoditi popular

-

Kuala Lumpur: Daging tenggiling dan sisiknya terus menjadi komoditi popular di kalangan penyeludup susulan kejayaan Kastam Thailand merampas 136 ekor tenggiling dan 450 kilogram (kg) sisik haiwan itu dipercayai diseludup dari Malaysia.

Pemangku pengarah Bahagian Rampasan Barang, Vorachit Deachborvo­rnlak dipetik berkata, semua rampasan itu disembunyi­kan di dalam dua kenderaan di Prachuapkh­irikan awal pagi Khamis lalu.

Menurutnya, haiwan dilindungi itu diyakini mahu dihantar ke Laos dan China.

Menurut beliau, mereka mengesyaki tenggiling dan sisik haiwan itu yang harganya sangat tinggi berasal dari Indonesia dan diseludup ke Thailand melalui Malaysia.

“Kami percaya tenggiling itu berasal dari Indonesia sebelum ia diseludup ke Malaysia dan Thailand untuk dihantar ke Laos dan China sebagai destinasi terakhir,” katanya.

Beliau berkata, kastam menerima maklumat berhubung cubaan menyeludup hidupan liar dan mengesan dua pacuan empat roda yang sarat dengan muatan tenggiling dipandu dua lelaki rakyat tempatan di Prachuabkh­irikhan.

Kedua-dua lelaki itu sempat melarikan diri ketika pemeriksaa­n dilakukan pegawai kastam.

Pemeriksaa­n kemudian menemui 136 tenggiling yang masih hidup namun lima ekor daripada haiwan berkenaan mati tidak lama kemudian selain dan 450 kg sisik tenggiling.

Menurut beliau, harga satu kilogram sisik tenggiling boleh mencecah kira-kira 10,000 Baht (kira-kira RM1,250) dan apabila sampai di China, haiwan hidup itu akan dijual kepada pemilik restoran yang menyajikan makanan eksotik.

Beliau berkata, tahun ini, jabatannya merampas 2.9 tan tenggiling dan sisiknya haiwan itu.

 ??  ?? TENGGILING yang dirampas, Khamis lalu.
TENGGILING yang dirampas, Khamis lalu.
 ??  ?? SISIK tenggiling yang dikeringka­n mendapat permintaan.
SISIK tenggiling yang dikeringka­n mendapat permintaan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia